Sabtu, 2 April 2016

Proficiency Testing 2016

Alhamdulillah PT 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih atas sokongan syarikat-syarikat NDT.  Secara umumnya keputusan yang lalu memuaskan. Secara umumnya terdapat satu 'outlier'. Semuga syarikat terlibat dapat membuat penambahbaikan terhadap alat dan personelnya.
Tahun PT akan merangkumi bidang-bidang berikut;
1-RT terhadap paip dengan kaedah DWSI
2-UTTG terhadap sampel ketebalan bawah 10mm.
3-MT dan PT oleh plat kimpalan.
Program tahun ini telah bermula Mac 2016 dan dijangka berakhir Jun 2016. InsyaAllah keputusan akan dapat disiapkan selepas Jun 2016.



Isnin, 6 Julai 2015

Buku Baru

Baru sahaja terbit buku dengan tajuk UTM terhadap konkrit struktur. Alhamdulillah.
Harga buku RM40 sahaja dan boleh dibeli di Kedai Buku DBP di Jalan AU3/1, Ampang, Hulu Klang. Hubungi Puan Emilia 03-4101 2486.

Isnin, 12 Januari 2015

Ultra High Performance Concrete (UHPC)

UHPC ialah konkrit dengan kekuatan ultra 150-200 N/mm2. Nisbah air/simen serendah 0.17. UHPC merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan konkrit. Dura Technology Sdn. Bhd.  merupakan syarikat terulung dalam bidang ini.

Pada 7 Jan 2015 satu seminar dalaman telah diadakan di Nuklear Malaysia yang membincangkan tentang potensi penggunaan konkrit ini dalam industri nuklear.



Oleh kerana UHPC merupakan bahan termaju maka NDT juga adalah baru dalam bidang. Peluang penyelidikan NDT terhadap bahan ini masih luas. Antara ciri menarik UHPC ialah 'like concrete' 'like steel'. Hubungi tegasan-terikan bagi bahan menyerupai keluli iaitu ada sifat elastik dan sifat plastik.

Kajian awal NDT menggunakan ultrasonik menunjukkan halaju ultrasonik dalam UHCP sangat tinggi iaitu sekitar 5000 m/s yang menghampiri halaju dalam besi tuang. UHPC agak homogen dengan saiz ketakhomogen kurang dari 1mm.

Khamis, 18 September 2014

International Construction Week (ICW) 2014

Sedang berlangsung di PWTC dari 17 - 23 Sep 2014. Ada pameran dan seminar percuma berkaitan dengan industri binaan.