Selasa, 21 Disember 2010

Ultrasonic Guided wave

Bunyi mungkin boleh dikleaskan seperti berikut;
-vibration (1-1000 Hz)
-sound (10-10000 Hz)
-acoustic emission (10,000-1,000,000 Hz)
-ultrasonik (1,000,000 - 100,000,000 Hz)

Gelombang ultrasonik pula boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu 'bulk wave' dan 'Guided wave'. Bulk wave ada 2 jenis iaitu longitudinal dan transverse. Manakala Guided wave pula antaranya gelombang Rayleigh, surface SH, surface SV, Love, Stonely dll.

Guided wave nampaknya akhir-akhir ini semakin popular. Kalau dulu guided wave hanya dikenali Rayleigh dan Lamb dan hanya terhad penggunaan kepada mengesan kecacatan atau pencirian permukaan dan mengukur ketebalan sampel nipis, tapi sekarang guided wave telah boleh dijana untuk bergerak sehingga 100m dalam paip. Pemeriksaan boleh dibuat secara jarak jauh.

Sejarah penemuan gelombang ini telah bermula sejak 1885 oleh Lamb dan Rayleigh diperbaharui Worlton 1907, Gazis 1950, Silk, Joseph L Rose, Peter Cowley 1980an, Krishnan Balasubramaniam, John S. Popovics, Younho Cho, dll.

Antara pembekal utama alat ini ialah Plant Integrity Ltd dan GUL

Jumaat, 17 Disember 2010

Integriti

Pada 11 Nov lalu aku berpeluang mengikuti forum integriti di Institut Integriti Malaysia. Ia bukan teknikal tapi baik untuk dikongsi bersama. Ianya berkaitan dengan akhlak dan sikap kita. Berikut ialah catatan ringkas yang sempat aku tulis dalam telefon bimbit aku.

Forum on corporate integrity dengan tajuk “Towards realizing Malaysia’s economic goals with integrity: Aligning corporate governance and business ethics agenda”

Ucapan Selamat Datang oleh Y Bhg Datuk Dr Mohd Tap bin Salleh, Presiden Malaysian Institute of Integrity

Republik Ireland sedang menuju kebankrapan. Ini ada kaitan dengan ethical business. Begitu juga Sepanyol. Sikap tamak, rasuah rakyatnya telah menyebabkan ia bankrap. Adakah kerana politik? Tapi ia sikap kita jua. Masaalah integriti timbul bila orang baik tidak buat apa2 (Abraham Lincoln). Tiada orang yang melihat. Kejujuran, integriti, inteligence dan energy merupakan perkara penting dalam menjana ekonomi.

Personal and corporate integrity. Up to us. 3 panel akan bincang kesan integrity kpd ekonomi. Semuga perbincangan ini membawa manfaat dan dibawa ke Permudah, Pemandu.

Majlis juga menyaksikan MOU antara Malaysian Employers Federation (MEF) dan Institut Integriti Malaysia (IIM). MOU ialah dalam bidang pendidikan & latihan, forum, ceramah, penerbitan dan usahasama penyelidikan berkaitan integriti.

Seterusnya forum dimulakan dengan ucapan moderator (Prof. Dr. Syed Hamid Al Junid, Ketua Jabatan Ekonomi dan Governance, International center for education in Islamic Finance). Beliau, memetik ahli falsafah Solomon “Cakap tak serupa ikin”. Isu penting ialah aligning.

Ahli panel: HashimMohammed, Presiden Institute of Internal Auditor, Wong Kay Yong dari Bursa Msia Bhd, dan Datuk David Chua dari Dewan Perniagaan China.

Hashim mengaitkan dengan teori Einstein e=mc2.
Apakah yang mendorong ekonomi Msia? Wawasan 2020.
Enablers to achieve vision 2020? NEM & ETP, cultural transformation
How to align private sector corporate governance with vision 2020
How to align private sector business ethics agenda?
How do we ensure Msia does not lose its integrity again?

New economic model goals (similar to Royal Dutch Shell);
High income, Inclusiveness, sustainability = profit, people, planet

Dalam menggali hasil bumi, alam sekitar juga perlu dijaga. Kenaikan suhu dunia 1-3o C telah menenggelam beberapa pulau. Kenaikan suhu 5 o C boleh menenggelamkan Singapura dan Pulau Pinang.

Malaysia’s transformation roadmap –change the culture fisrt to make Msia a better place to work and live in.
New culture & value > create real value>build trust-generate goodwill >enhance brand. Momentum di perlukan. Momentum=mass x velocity.
0.1% people needed, lain pengikut. 2000 cukup. Black money in Msia.
Reverse osmosis.
Effective governance-good people
Those who have power don’t do the right. But those who haven’t power can be credible activist and superstars.
Culture-behaviour will follow. How do we craft. Start with ethics.
E-learning in code of ethic, pass test.
Governance n ethical cultures are critical. Right leader.
Most responsive to change that survive (Darwin).
No choice but to be united nation of Msia (Hashim).

Wong: bursa msia.
Corporate governance=managing co to best interest, ethics, integrity

time is always right to do what is right - Luther king
case study
Red flag: pinjaman yg banyak,
audit committee:
financial distress
5 pronged approach
education, development, engagement, monitoring n surveillance, enforcement.

Coming together is beginning,

david chua: chinese chamber of commerce
keyword, aligning.
Generate sustainable growth.
How to empower, train new one

Khamis, 11 November 2010

NDT for In-service Inspection

Dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [al-Hadid 25].
and We sent down Iron, in which is (material for) mighty war, as well as many benefits for mankind, that Allah may test who it is that will help, unseen, Him and His Messengers: for Allah is Full of Strength, Exalted in Might (and able to enforce His Will).

Items to be addressed in ISI program
n  Objective, scope and periodicity;
n  Organization and responsibilities;
n  Establishment of a baseline;
n  Establishment of an examination schedule;
n  Specification of methods and techniques to be applied;
n  Qualification of procedures and equipment;
n  Training and qualification of personnel; and
n  Quality assurance considerations


Service Induced Discontinuities
n  Corrosion, Erosion
n  intergranular attack stress corrosion cracking
n  corrosion fatigue
n  Cracks
n  mechanical fatigue
n  thermal fatigue
n  Hydrogen embrittlement
n  Over-stressing
n  Lamellar Tearing
n  Creep rupture

NDT techniques
n  Ultrasonic testing – thickness, crack
n  Magnetic particle testing – crack in ferromagnetic mat’l
n  Penetrant testing – crcak in non ferromagnetic mat’l
n  Eddy current /UT/boroscope for tube inspection
n  Thermography – hot spot
n  Radiography testing - thickness

Advantages of MT and PT
n  Excellent sensitivity to surface discontinuities
n  Good non-fluorescent MT/PT can detect discontinuities of up to 0.5 μm width and 20 μm depth.
n  Good fluorescent MT/PT can detect discontinuities of 0.2 - 0.5 μm width and 5 - 8 μm depth
n  Eddy current testing  ~ 30 μm and Ultrasonic testing 100 μm depth (best condition)
n  The indications appear directly on the test surface
n  Simple method - do not require highly trained personnel
n  Results can be photographed and permanent records can be made

Advanced or special UT

n  Long Range UT for pipeline inspection
n  IRIS – tube inspection (being replaced by eddy current/RFET)
n  C-scan for corrosion mapping
n  TOFD for weld inspection - good for body and root defect but not for surface
n  Phase array - probes are expensive
n  EMAT- for low and high temperature application


Precautions for MT, PT, UT

n  UT couplants, PT & MT materials used on nickel base alloys shall not contain more than 250 ppm of sulfur.
n  UT couplants, PT & MT materials used on austenitic stainless steel or titanium shall not contain more than 250 ppm of halides (chlorides plus fluorides).


Effective NDT
n  trained and qualified personnel – trainer and examiner are independent (ISO17024/ISO9712)
n  Equipment -suitable for intended purpose and calibrated in accordance with a defined program. Calibration traceable to national/international standards
n  procedure for conducting test – should be agreed between inspector and client  (ISO17020/ ASME)
n  system for reporting results (follow minimum content stated in ISO17020/ASME)
n  standard to interpret results: ASME, API, AWS

References
n  ISO 17024: General Requirements for Bodies operating Certification of Persons, 2003
n  ISO 17020: General Criteria for the Operation of Various Types of Bodies Performing Inspection, 1998
n  ISO 9712: NDT – qualification and certification of personnel, 2005
n  ASME V: Article 4 and 5, 2001
n  IAEA-TECDOC-1263: Application of non-destructive testing and in-service inspection to research reactors, 2001
n   Radiography training notes for level 3, IAEA, Feb 1991.
n  Ultrasonic training notes for level 3, IAEA, Mac 1989.
n  Spoerer, Penetrant & Magnetic Particle training notes, 1999

Jumaat, 18 Jun 2010

Pengurangan Perubahan Iklim

Malaysia telah semakin perihatin tentang kesan perubahan iklim. Ia telah mengalami banjir luar biasa di Johor pada 2006 dan lain-lain perubahan iklim sejak kebelakangan ini. Suhu di Asia Tenggara telah meningkat dengan purata 0.1-0.3C sedekad untuk tempoh 50 tahun. Pada tahun 2050, negara dijangka akan mengalami iklim yang lebih panas dengan peningkatan suhu sehingga 1.5C setahun. Hujan yang sangat lebat di musim basah dan sangat kurang di musim kering mengakibatkan banjir besar dan kemarau panjang. Paras air laut dijangka meningkat 15-95 sm bagi tempoh 100 tahun.

Malaysia tidak terikat dengan sasaran khusus bagi pembebasan GHG. Bagaimanapun negara terikat dengan UNFCCC untuk membentuk strategi kebangsaan bagi mengurangkan perubahan iklim. Pengurangan dan pengurusan perubahan iklim telah disebut dalam JK kabinet Perdana Menteri untuk menggalakkan tindakan diambil oleh kementerian. Penggunaan tenaga yang boleh bertahan telah diberi perhatian dengan polisi yang menjuruskan kepada kelastarian sumber tenaga. Negara merancang untuk mengurangkan subsidi yang menghalang kecekapan peningkatan sistem tenaga.

Jumlah pelepasan gas CO2 di Malaysia ialah 177.5Mt pada 2004, iaitu meningkat 3 kali jumlah 1990, 55.3Mt. Dalam sektor elektrik, kita menggunakan 29% arang batu, 64% gas dan 7% hidro yang mana keamatan CO2 ialah sekitar 500g CO2 per kW.h.

Keperluan tenaga bagi 2005 hingga 2030 dijangka meningkat pada kadar 3.1% setahun. Peningkatan 1% dalam produk tempatan (GDP) diikuti dengan 1.2-1.5% peningkatan keperluan tenaga (dan pelepasan GHG). Berdasarkan ramalan tenaga, penjanaan elektrik dijangka meningkat sekitar 158 TW.h pada 2020 dan 184TW.h pada 2025 berbanding hanya 104TW.h pada 2006. Manakala pelepasan gas dari sektor kuasa 50%, pengangkutan 28% dan industri 20%.

Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada 2020. Tenaga ialah sebahagian kemewahan kerana ia menyediakan peluang kerja, membenarkan pengembangan industri dan pekerja berbagai kemahiran dengan pengetahuan tinggi. Malaysia telah mengenal pasti tenaga pilihan agar tidak terlalu bergantung kepada sumber gas dan arang batu yang semakin berkurang. Dalam hal ini penggunaan berhemat gas asli LNG, tenaga nuklear dan tenaga boleh dibaharui merupakan fokus utama abad ke 21. Tenaga boleh dibaharui dengan skala besar masih tidak berdaya maju dan tidak boleh laksana sebab teknologi tersebut belum cukup matang. Jadi tenaga nuklear ialah pilihan terbaik seperti yang ditunjukkan oleh keputusan ekonomi dan tenaga negara yang cemerlang seperti Perancis dan Korea.

Pada September 2008, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengumumkan bahawa kerajaan akan menimbangkan kemungkinan penjanaan tenaga nuklear domestik sebagai respon terhadap harga minyak yang tinggi. Katanya kerajaan tidak mempunyai pilihan selain tenaga nuklear kerana ia adalah pilihan terbaik bagi tahun 2023 memandangkan bekalan bahanapi fosil akan kehabisan. Jun 2009, kerajaan bersetuju membenarkan tenaga nuklear sebagai pilihan selepas 2020. Seterus kabinet meluluskan JK pemandu bagi Pengembagan kuasa nuklear.

Nuklear merupakan pilihan jangka panjang yang berdaya maju kerana ianya merupakan teknologi hijau, bersih, mesra alam dan mesra iklim serta teknologi masa depan yang boleh menjana kekayaan. Sokongan kerajaan juga disebabkan persetujuan total dengan penggunaan tenaga nuklear untuk aktiviti keamanan dan pengawalan senjata.

Beberapa kajian telah dilakukan di Malaysia. Kajian 2008 ke atas penilaian tenaga strategik untuk menangani isu perubahan iklim menunjukkan bahawa Malaysia boleh mengurangkan pelepasan gas CO2 dalam sektor kuasa sebanyak 22% melalui tenaga nuklear pada tahun 2020. Kajian lain pula mendapati pelepasan 4.9Mt CO2 setahun bagi 1000MW tenaga nuklear dapat dielakkan yang mana melayakkan Malaysia mendapat sijil pengurangan pelepasan karbon (CER). Bagaimanapun nuklear masih perlu dimasukkan dalam instrumen CDM. MNA, NRE, agensi dan pembuat polisi tenaga perlu menyelaras antara satu dengan lain bagi memasukkan nuklear sebagai instrumen CDM.

Meskipun begitu tenaga nuklear kekal menjadi fokus utama kepada perancang tenaga dan ekonomi Malaysia. Cabaran ialah untuk membina ijmak ke atas menjadikan keperluan tenaga nuklear sebagai ciri kekal – campuran bekalan tenaga kebangsaan untuk masa depan.


diterjemah ringkas dari 'Climate change and nuclear power 2009' pp58-59, IAEA.

Khamis, 22 April 2010

Mesyuarat Agung MSNT ke 21

Semalam telah berlangsung mesyuarat agung MSNT ke 21 di Nilai Springs Resort. Seramai lebih kurang 110 ahli telah hadir. Ini merupakan kehadiran yang terbesar sejak ditubuhkan. Tahun ini ada pemilihan. Beberapa muka baru telah terpilih sebagai ahli lembaga pengarah. Ahli lembaga  pengarah bagi 2010-2012 ialah seperti berikut;
Presiden: Dr. Abd Nassir Ibrahim (Nuklear Malaysia)
Naib Presiden: Wan Abdullah Wan Hamat (Petronas)
Setiausaha: Cik Nurul A'in bt Ahmad Latif (Nuklear Malaysia)
Bendahari: Pn. Siti Madiha bt. Muhammad Amir (Nukelar Malaysia)
AJK:
En. Zamaluddin Ali (Petronas)
Dr. Badrol Ahmad (TNBR)
En. Huzeir Abdul Halim (Intesmal)
En. Royce Wong Chee Moong (Advantech alliance)
Dr. Azali Muhammad (Nuklear Malaysia)
Dr. Mohamad Pauzi Ismail (Nuklear Malaysia)
Dari kanan Dr. Mahmood, Hj Huzeir, Wan Abdullah, Dr. Abd Nassir, Dr. Khazali

Pengerusi (En. Zamaluddin) dan Pencatit minit (Pn Siti Madiha)
Ucapan Presiden. Antara isu utama yang disentuh ialah tentang persijilan ISO 17024 bagi persijilan personel dan ISO17020 bagi badan pemeriksaan. Kedua-dua perkara sangat penting untuk NDT Malaysia lebih terus maju dan berdaya saing.

Tahniah kepada ahli lembaga pengarah baru yang terpilih. Semuga MSNT akan terus maju.

Sabtu, 30 Januari 2010

Rekabentuk bancuhan konkrit

Konkrit ialah bahan komposit yang terdiri dari bahan pengikat yang mengikut antara partikel lengai. Pengikat ialah air dan simen. Partikel lengai ialah agregat pasir dan batu. Agregat mengambil ruang 75%. Bagi mortar agregat ialah pasir (saiz < 5mm). Bagi konkrit agregat ialah pasir dan agegat kasar (10mm atau  20mm atau 40mm). Di Malaysia agregat halus ialah pasir sungai atau pasir lombong. Agregat kasar ialah batu sungai atau pecahan batu granit.
Bancuhan mudah ialah kaedah nisbah berat, juga dikenali kaedah JKR ialah nisbah 1:1:2 (kekuatan 28 hari 30 N/mm2), 1:1.5:3 (kekuatan 28 hari 25N/mm2), 1:2:4 (kekuatan 28 hari 20N/mm2) atau 1:3:6 (kekuatan 28 hari 12 N/mm2). Contohnya nisbah 1:2:4 ialah 1 kuantiti simen, 2 pasir dan 3 batu baur. Air biasanya 0.55 simen.
Untuk kerja-kerja rumah nisbah 1:2:4 sudah memadai. Penggunaan nisbah agregat kasar yang lebih banyak boleh menjimatkan penggunaan simen.
Bancuhan boleh dibuat secara manual atau mesin. Untuk kaedah manual, kaedah mudah yang dipakai untuk menggaul pasir, batu dan simen ialah kaedah membina bukit.

Rabu, 27 Januari 2010

Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)


Pengendalian radas sinaran dalam kerja radiografi memerlukan orang yang berkelayakan iaitu perlu menghadiri kursus dan lulus ujian kelayakan serta mempunyai tempoh pengalaman kerja. setelah itu baharu ia digelar pengendali berlesen. Ia seumpama pemandu kereta yang perlu lulus ujian teori dan amali kemudian diberi lesen P. Setelah itu baharulah dapat lesen penuh.

Pengendalian radiografi perlu mengikut prosidur dan peraturan dalam negeri dan antarabangsa. Pengendalian radas penyinaran juga seumpama orang yang memiliki senjatapi yang perlu dibaharui lesennya setiap tahun. Keengganan mematuhi peraturan ini boleh membawa kita ke mahkamah atau didenda.

Di Malaysia, untuk menjadi RPO seseorang perlu menghadiri dan lulus kursus Radiografi tahap satu di Nuklear Malaysia atau Ruane-TATI yang kemudiannya pula perlu menghadiri dan lulus kursus RPO di Nuklear Malaysia.

Jawatan RPO sekarang merupakan jawatan yang diperlukan oleh banyak syarikat. Buat masa ini saya telah dimaklumkan bahawa Syarikat LJ Inspection & Services Sdn Bhd (inspect_lj@yahoo.co.uk ) dan Petropipe Sabah ( faridah@tot.com.my ) masing-masing memerlukan RPS dan RPO. RPS ialah pegawai keselamatan sinaran. Dalam carta organisasi RPS di bawah RPO tetapi mempunyai kelayakan yang sama.

Tidak ramai yang minat bekerja dengan sinaran kerana pengaruh anti-nuklear telah membelenggu pemikiran ramai orang. Jadi kepada yang suka pekerjaan yang mencabar, inilah peluangnya.

Saya sendiri telah terlibat dengan kerja radiografi sejak tahun 1979 dan begitu aktif pada era 80an dan alhamdulillah masih sihat dan mempunyai 5 anak yang sihat-sihat belaka.  Saya juga juruperunding RPO kepada banyak syarikat atau pengguna NDT. Antara salahlaku yang saya temui atau dengar  ialah;
  1. bukan pekerja sinaran berada di kawasan kawalan sinaran
  2. menyimpan projektor gama dalam kenderaan semasa bermalam di tempat penginapan
  3. tidak menggunakan meter tinjau semasa mengendali radas sinaran
  4. tidak memakai lencana filem kerana ditakuti mendapat dos berlebihan lalu tidak berpeluang untuk buat kerja lebih masa
  5. masih menggunakan projektor gama yang telah rosak
Alhamdulillah setakat ini di Malaysia belum ada kejadian dedahan dos yang serius. Dengan peraturan dan pengawasan tegas oleh penguatkuasa iaitu AELB, insyaAllah kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

"Berhati-hatilah ketika menggunakan radas sinaran, patuhi arahan dan prosidur"