Jumaat, 18 Jun 2010

Pengurangan Perubahan Iklim

Malaysia telah semakin perihatin tentang kesan perubahan iklim. Ia telah mengalami banjir luar biasa di Johor pada 2006 dan lain-lain perubahan iklim sejak kebelakangan ini. Suhu di Asia Tenggara telah meningkat dengan purata 0.1-0.3C sedekad untuk tempoh 50 tahun. Pada tahun 2050, negara dijangka akan mengalami iklim yang lebih panas dengan peningkatan suhu sehingga 1.5C setahun. Hujan yang sangat lebat di musim basah dan sangat kurang di musim kering mengakibatkan banjir besar dan kemarau panjang. Paras air laut dijangka meningkat 15-95 sm bagi tempoh 100 tahun.

Malaysia tidak terikat dengan sasaran khusus bagi pembebasan GHG. Bagaimanapun negara terikat dengan UNFCCC untuk membentuk strategi kebangsaan bagi mengurangkan perubahan iklim. Pengurangan dan pengurusan perubahan iklim telah disebut dalam JK kabinet Perdana Menteri untuk menggalakkan tindakan diambil oleh kementerian. Penggunaan tenaga yang boleh bertahan telah diberi perhatian dengan polisi yang menjuruskan kepada kelastarian sumber tenaga. Negara merancang untuk mengurangkan subsidi yang menghalang kecekapan peningkatan sistem tenaga.

Jumlah pelepasan gas CO2 di Malaysia ialah 177.5Mt pada 2004, iaitu meningkat 3 kali jumlah 1990, 55.3Mt. Dalam sektor elektrik, kita menggunakan 29% arang batu, 64% gas dan 7% hidro yang mana keamatan CO2 ialah sekitar 500g CO2 per kW.h.

Keperluan tenaga bagi 2005 hingga 2030 dijangka meningkat pada kadar 3.1% setahun. Peningkatan 1% dalam produk tempatan (GDP) diikuti dengan 1.2-1.5% peningkatan keperluan tenaga (dan pelepasan GHG). Berdasarkan ramalan tenaga, penjanaan elektrik dijangka meningkat sekitar 158 TW.h pada 2020 dan 184TW.h pada 2025 berbanding hanya 104TW.h pada 2006. Manakala pelepasan gas dari sektor kuasa 50%, pengangkutan 28% dan industri 20%.

Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada 2020. Tenaga ialah sebahagian kemewahan kerana ia menyediakan peluang kerja, membenarkan pengembangan industri dan pekerja berbagai kemahiran dengan pengetahuan tinggi. Malaysia telah mengenal pasti tenaga pilihan agar tidak terlalu bergantung kepada sumber gas dan arang batu yang semakin berkurang. Dalam hal ini penggunaan berhemat gas asli LNG, tenaga nuklear dan tenaga boleh dibaharui merupakan fokus utama abad ke 21. Tenaga boleh dibaharui dengan skala besar masih tidak berdaya maju dan tidak boleh laksana sebab teknologi tersebut belum cukup matang. Jadi tenaga nuklear ialah pilihan terbaik seperti yang ditunjukkan oleh keputusan ekonomi dan tenaga negara yang cemerlang seperti Perancis dan Korea.

Pada September 2008, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengumumkan bahawa kerajaan akan menimbangkan kemungkinan penjanaan tenaga nuklear domestik sebagai respon terhadap harga minyak yang tinggi. Katanya kerajaan tidak mempunyai pilihan selain tenaga nuklear kerana ia adalah pilihan terbaik bagi tahun 2023 memandangkan bekalan bahanapi fosil akan kehabisan. Jun 2009, kerajaan bersetuju membenarkan tenaga nuklear sebagai pilihan selepas 2020. Seterus kabinet meluluskan JK pemandu bagi Pengembagan kuasa nuklear.

Nuklear merupakan pilihan jangka panjang yang berdaya maju kerana ianya merupakan teknologi hijau, bersih, mesra alam dan mesra iklim serta teknologi masa depan yang boleh menjana kekayaan. Sokongan kerajaan juga disebabkan persetujuan total dengan penggunaan tenaga nuklear untuk aktiviti keamanan dan pengawalan senjata.

Beberapa kajian telah dilakukan di Malaysia. Kajian 2008 ke atas penilaian tenaga strategik untuk menangani isu perubahan iklim menunjukkan bahawa Malaysia boleh mengurangkan pelepasan gas CO2 dalam sektor kuasa sebanyak 22% melalui tenaga nuklear pada tahun 2020. Kajian lain pula mendapati pelepasan 4.9Mt CO2 setahun bagi 1000MW tenaga nuklear dapat dielakkan yang mana melayakkan Malaysia mendapat sijil pengurangan pelepasan karbon (CER). Bagaimanapun nuklear masih perlu dimasukkan dalam instrumen CDM. MNA, NRE, agensi dan pembuat polisi tenaga perlu menyelaras antara satu dengan lain bagi memasukkan nuklear sebagai instrumen CDM.

Meskipun begitu tenaga nuklear kekal menjadi fokus utama kepada perancang tenaga dan ekonomi Malaysia. Cabaran ialah untuk membina ijmak ke atas menjadikan keperluan tenaga nuklear sebagai ciri kekal – campuran bekalan tenaga kebangsaan untuk masa depan.


diterjemah ringkas dari 'Climate change and nuclear power 2009' pp58-59, IAEA.