Jumaat, 28 Disember 2012

Pusat Latihan NDT

Terdapat 3 skim persijilan NDT yang popular di Malaysia; JPKPCN dan ASNT. JPK merupakan skim persijilan kebangsaan yang telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17024. PCN ialah skim persijilan British dan ASNT skim persijilan Amerika. PCN dan JPK merupakan skim persijilan personal yang berpandukan ISO 9712 sedangkan ASNT mengamalkan 2 jenis persijilan iaitu personal (ACCP) dan 'company based'

Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia Ahad 30 dis 2012

Manakala berikut ialah antara pusat-pusat latihan NDT yang terdapat di negara kita;
  1. Agensi Nuklear Malaysia menawarkan kursus RT, ET, MT, PT dan RPO yang diiktiraf oleh JPK dan AELB.
  2. SIRIM Bhd merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK bagi skop UT
  3. Ruane-TATI merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK (RT) dan PCN
  4. ITC Skills Training Institute menjalankan latihan NDT yang diiktiraf JPK (RI, MT, PT, UT, ET) dan ASNT 
  5. NDE Consultancy Services Sdn. Bhd menawarkan kursus NDT skim ASNT
  6. MINDT menawarkan kursus melalui skim PCN
  7. TWI Sg Buloh (CSWIPP dan ASNT)
  8. CIDB Johor (PCN)



Selasa, 18 Disember 2012

MINDTCE 2013

Persidangan antarabangsa ini akan diadakan pada 16-18 Jun 2013 di hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur. Kepada yang berminat untuk membentang kertas kerja bolehlah menghantar abstrak sebelum 31 Disember 2012 kepada urusetia seperti berikut.

Rabu, 7 November 2012

ISO17024

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana  telah berjaya mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17024 dari Jabatan Standard Malaysia (Nombor Akreditasi: Personnel 03102012 CB02) selama tiga (3) tahun bermula 03 Oktober 2012 bagi skop berikut:
Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing-NDT)
  • Jururdiografi Industri (Industrial Radiographer – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Ultrasonik(Ultrasonic Tester – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Arus Pusar (Eddy Current Tester) Tahap 1/2/3
  • Penguji Penembus Cecair (Liquid Penetrant Tester– Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Zarah Bermagnet (Magnetic Particle Tester – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Pentafsir Radiograph (Welded Construction & Casting and Forging) Tahap 2
Buat pertama kali juga kursus UT tahap 3 berdasarkan ISO9712 sedang diadakan di SIRIM, Shah Alam dari 29 Okt - 14 Nov 2012. 


Ultrasonic goniometer 2

Ada beberapa kaedah boleh digunakan;
1- kaedah Transmission
2- kaedah pantulan sudut
3- kaedah 'backscatter'

Goniometer pantulan sudut

 Amplitud pantulan lwn sudut bagi sampel konkrit
Keputusan goniometer kaedah pantulan sudut bagi beberapa sampel kayu. Sudut bagi penjanaan gelombang rayleigh tidak dapat dikesan. Bagaimanapun terdapat perbezaan amplitud (attenuation) bagi kayu-kayu ini.
Sampel yang melalui proses 'creep' menunjukkan amplitud yang lebih rendah berbanding sebelum 'creep'. Tiada perubahan nyata bagi halaju gelombang Rayleigh.

Rabu, 28 Mac 2012

Seminar "Sharing of experience on nuclear power in Malaysia"

Seminar tentang kuasa nuklear sedang berlangsung di Nuklear Malaysia, iaitu dari 26-30 Mac 2012. Antara tajuk yang dibincangkan ialah;
  1. Nuclear power for sustainable development and challenges after Fukushima nuclear accident 
  2. Energy security and nuclear in Malaysia
  3. Design and features of LWR
  4. Outline of construction procedures of nuclear power plants
  5. Safety measures of nuclear power plant
  6. Radiation management and environment monitoring for radiation protection
  7. Nuclear fuel safety for severe accident like Fukushima nuclear accident
  8. Technological aspect and lessons learned from the Fukushima Dai-ichi nuclear power plant severe accident and how to receive blessing in disguise
  9. Positioning of nuclear power in Fukui prefectural policy and public relation's activity
  10. Risk perception and nuclear power communication.
Antara fakta menarik
  1. Lebihkurang 6000 pekerja lombong arang batu mati setahun di China
  2. 19,867 kematian/kehilangan disebabkan tsunami dan gempa bumi. Sehingga kini (selepas setahun), tiada kematian yang disebabkan oleh kemalangan nuklear Fukshima 311, 
  3. 30000 penduduk di Fukushima  tidak akan  dapat pulang ke rumah asal mereka  sehingga selepas 5 tahun
  4. Malaysia akan mula mengimpot gas untuk tenaga letrik pada Ogos 2012 - dijangka harga letrik akan meningkat kecuali dengan subsidi kerajaan
  5. Jepun mula mengurangkan penggunaan tenaga solar
  6. Pengurangan pembebasan gas CO2 sebanyak 50% dari paras 1990 sebelum 2050 adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan kemusnahan oleh perubahan cuaca (Global consensus)
  7. UAE, Poland, Turkey, Jordan, Egypt, Saudi Arabia merancang untuk mula membina reaktor kuasa nuklear
  8. German, Swiss dan Belgium merancang untuk mengurangkan nuklear selepas kemalangan Fukushima

Jumaat, 16 Mac 2012

Seminar Tenaga Nuklear Siri II

Alhamdulillah pada 8 Mac 2012 aku berpeluang mengikuti seminar ini dengan tajuk "Fakta dan pengajaran dari kemalangan nuklear di Fukushima". Para penceramah terdiri dari pakar-pakar nuklear iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Dr Saito (bekas presiden JAERI, Jepun), Yahagi (Tepco), Prof Yoshida (Univ. Tokyo), Dr Mukaiyama (JICC), Dr Muhamad (Nuklear Malaysia) dan Mohd Pauzi (AELB).
Seperti yang dimaklumi bahawa satu reaktor kuasa iaitu Fukushima Daici (1) telah mengalami kerosakan teruk akibat tsunami. Ini adalah antara kemalangan nuklear terbesar yang berlaku pada tahun lalu. Dimaklumkan bahawa pembebasan radioaktif Cesium telah berkurangan dengan mendadak. Kebanyakan sisa ini terkumpul mendap bersama debu dan algae. Kolam renang yang dahulunya tercemar telah boleh digunakan melalui pembersihan. Jika dibandingkan dengan kemalangan nuklear di Chernobyl, Russia (26 April 1986), kemalangan Fukushima adalah lebih terkawal. Jejari kawasan yang perlu dikosongkan juga lebih kecil iaitu (10km), sedangkan Chernobyl 100km. Setakat ini belum ada lapuran kematian disebabkan pendedahan bahan radioaktif.
Antara kekurangan dalam pembinaan reaktor ini ialah panduan undang-undang keselamatan yang tidak lengkap. Contohnya benteng tsunami setinggi 5.5m tidak mencukupi untuk menghadang tsunami setinggi 15m. Bangunan reaktor tidak telap air. Tiada sistem kawalan untuk pembebasan gas hidrogen. Sistem penyejukan hanya bergantung pada pam dan tidak graviti.