Khamis, 22 April 2010

Mesyuarat Agung MSNT ke 21

Semalam telah berlangsung mesyuarat agung MSNT ke 21 di Nilai Springs Resort. Seramai lebih kurang 110 ahli telah hadir. Ini merupakan kehadiran yang terbesar sejak ditubuhkan. Tahun ini ada pemilihan. Beberapa muka baru telah terpilih sebagai ahli lembaga pengarah. Ahli lembaga  pengarah bagi 2010-2012 ialah seperti berikut;
Presiden: Dr. Abd Nassir Ibrahim (Nuklear Malaysia)
Naib Presiden: Wan Abdullah Wan Hamat (Petronas)
Setiausaha: Cik Nurul A'in bt Ahmad Latif (Nuklear Malaysia)
Bendahari: Pn. Siti Madiha bt. Muhammad Amir (Nukelar Malaysia)
AJK:
En. Zamaluddin Ali (Petronas)
Dr. Badrol Ahmad (TNBR)
En. Huzeir Abdul Halim (Intesmal)
En. Royce Wong Chee Moong (Advantech alliance)
Dr. Azali Muhammad (Nuklear Malaysia)
Dr. Mohamad Pauzi Ismail (Nuklear Malaysia)
Dari kanan Dr. Mahmood, Hj Huzeir, Wan Abdullah, Dr. Abd Nassir, Dr. Khazali

Pengerusi (En. Zamaluddin) dan Pencatit minit (Pn Siti Madiha)
Ucapan Presiden. Antara isu utama yang disentuh ialah tentang persijilan ISO 17024 bagi persijilan personel dan ISO17020 bagi badan pemeriksaan. Kedua-dua perkara sangat penting untuk NDT Malaysia lebih terus maju dan berdaya saing.

Tahniah kepada ahli lembaga pengarah baru yang terpilih. Semuga MSNT akan terus maju.

4 ulasan:

Rozmi berkata...

Dr.

Saya berkelulusan sarjana muda fizik dan meminati bidang NDT, saya pernah menjalani latihan industri selama 2 bulan sebagai pelatih juruteknik NDT.

Saya berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang NDT. Adakah IPTA atau swasta tempatan menawarkan bidang NDT di peringkat Sarjana???

abuomar berkata...

Sdr Rozmi,
Sekarang tiada Universiti yang menawarkan kursus NDT peringkat MSc. Bagaimanapun jika ingin membuat kajian projek NDT bolehlah menghubungi pensyarah yang berkaitan. Contohnya Prof Dr Sidek di UPM (bidang ultrasonik), Prof Dr Nordin (Acoustic emission) di Fakulti Kejuruteraan Mekanik, UKM dan seorang pensyarah wanita (bidang Acoustic emission) di USM.

Rozmi berkata...

Dr.

Adakah IPTA yg membuat kajian tentang Computed/Digital radiography/tomography untuk penggunaan industry??

abuomar berkata...

Prof Dr Ruzairi dari Kejuruteraan Elektrik, UTM, Skudai.
+pauzi+