Sabtu, 18 Ogos 2007

UTMr

UTMr ialah singkatan kepada Ujian Tidak Merosakkan. Singkatan UTMr ini pernah dicadangkan oleh Prof. Dr. Shahrir Mohd Zin (1993). Ia bermaksud sesuatu ujian yang dilakukan ke atas bahan atau komponen kejuruteraan bagi menentukan kebolehgunaannya dengan tidak merosakkan. Di UK ia terkenal dengan sebutan 'Non-destructive Testing (NDT)' manakala di Amerika lebih dikenali sebagai 'Non-destructive Evaluation (NDE)' dan di Jepun dikenali sebagai 'Non-destructive Inspection (NDI)'.

UTMr juga merupakan alat untuk menentukan kualiti sesuatu produk atau binaan. UTMr telah digunakan secara meluas kejuruteraan mekanik dan semakin menjadi masyhur dalam kejuruteraan struktur. Dalam kejuruteraan mekanik, 5 kaedah UTMr yang utama iaitu ujian-ujian Radiografi (RT), Ultrasonik (UT), Arus Pusar (ET), Zarah Magnet (MT) dan Cecair Penembus (PT). Semua kaedah UTMr berasaskan prinsip fizik: RT berdasarkan konsep penyerapan dan serakan sinaran pengionan (X, gama, neutron) dalam bahan, UT rambatan gelombang bunyi, ET arus yang teraruh oleh medan magnet, MT kebocoran medan magnet dan PT berdasarkan daya kapilari. UTMr digunakan untuk mengesan ketakselanjaran (kecacatan) dalam bahan atau komponen. Contoh ketakselanjaran dalam logam ialah retakan, keporosan, bendasing, kakisan, dan lain-lain.

Dalam kejuruteraan struktur seperti binaan konkrit bertetulang, kaedah UTMr ialah Visual (VT), Radiografi (RT), Ultrasonik (UT), Radar (GPR), Infra merah (IR) dll. Biasanya ia digunakan untuk menentukan status retakan yang dijumpai pada struktur, kakisan pada besi tetulang, kedudukan tetulang, status kebocoran, dan lain-lain ketakselanjaran yang menjejaskan kebolehgunaan sesuatu struktur.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,tujuan saya bukan nak bagi komen tapi nak tanye dan meminta pendapat encik. Bagaimanakah cara nye sekiranye saya ingin memulakan kerjaya dlm bidang NDT

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikum mussalam,
Untuk memulakan kerjaya NDT, eluk ikut kursus NDT yang boleh di dapati di Nuklear Malaysia, SIRIM dan Ruane-TATI, Tgnu serta CIDB di JB

syed_sahaiful@yahoo.com berkata...

saya berminat untuk menyambung pengajian peringkat PhD bidang yang saya akan buat insyallah dalam Teknologi konkrit. apakah cadangan kajian Doc utk saya dalam Teknologi konkrit?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Saya pun tak berapa pasti, kena buat tinjauan apa orang dah buat. Lagipun bidang teknologi konkrit ni agak luas. adakah kamu nak guna NDT untuk uji konkrit? bidang yg agak baru ialah NDT for fresh concrete. mungkin konkrit sebagai bahan perisai sinaran radioaktif.

Muhaamad Fahmi berkata...

assalamualaikum doktor...
saya merupakan pelajar ijazah sarjanamuda sains nuklear di ukm dan berada di tahun akhir pengajian...soalan saya ialah, sekiranya saya mengikuti latihan industri atau praktikal di syarikat-syarikat yang menawarkan kursus-kursus ndt,adakah saya berkelulusan untuk bekerja sebagai pengamal ndt selepas saya tamat belajar atau sijil yang saya perolehi semasa latihan industri itu tidak laku dan saya kena mengikuti semula kursus ndt yg ditawarkan oleh sirim tersebut bukan sebagai seorang pelajar? harap-harap doktor dpt tolong jelaskan perkara ini..

abuomar berkata...

salam,
untuk menjadi pengamal NDT, kita perlu ikut kursus kemahiran dan ambil ujian kelayakan serta pemeriksaan kesihatan. untuk persijilan NDT kebangsaan, Nuklear Msia, TATI dan SIRIM merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK.