Khamis, 26 Jun 2008

Krisis Tenaga

Krisis tenaga ini banyak dibincangkan seperti di media massa, seminar dan demonstrasi bantahan kenaikan harga minyak. Ianya agak rancak apabila harga petrol telah dinaikkan dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter.
Sumber Tenaga
Terdapat beberapa sumber tenaga yang boleh didapati. Antaranya termasuklah sumber tenaga boleh dibaharui, sumber fosil (minyak, gas, arang batu) dan nuklear.
Tenaga boleh dibaharui
Teknologi tenaga boleh dibaharui adalah terdiri dari hidroelektrik, biojisim, suria, angin, ombak, tanah kambus, hujan, biobahan api dan geoterma. Pada tahun 2006, 18% penggunaan tenaga dunia ialah dari bahan boleh diperbaharui, 3% dari biojisim tradisi seperti pembakaran kayu, 13% dari hidroelektrik, 1.3% dari air panas. Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak memyumbang 0.8% tenaga dunia.

Punca tenaga boleh dibaharui (dipetik dari wikipedia)
Tenaga suria
Tenaga suria ialah tenaga dari matahari dalam bentuk cahaya dan haba. Kuasa suria merujuk kepada penukaran tenaga cahaya matahari kepada elektrik melalui fotovolta, alat penumpu haba suria atau teknik lain. Bagaimanapun penggunaan tenaga suria tidak begitu besar mungkin disebabkan panel suria yang mahal dan ruang yang besar diperlukan untuk meletakkan panel suria.


Sumber tanah kambus
Gas metana terhasil secara semulajadi dari tempat tanah kambus mempunyai prospek untuk penjanaan elektrik. Amerika telah mula mencuba teknologi ini. Sumber ini mungkin agak praktikal kerana kita boleh mengambil peluang dari tanah kambus yang terbiar tanpa apa-apa kegunaan seperti tempat untuk pelupusan sampah atau rawatan sanitasi.


Sumber angin
Kuasa angin ialah penukaran tenaga angin kepada tenaga berguna seperti elektrik menggunakan turbin. Dalam kincir angin, tenaga angin digunakan untuk memecah bijirin atau mengepam air. Pada hujung 2007, kapasiti penggunaan angin sebagai punca tenaga sebanyak 94.1 gigawatt. Walaupun angin menghasilkan 1% daripada tenaga elektrik dunia tetapi 19% digunakan di Denmark, 9% di Sepanyol dan Portugis, 6% di German dan Ireland. Kebanyakan tenaga angin ini diperolehi pada tempat tinggi bagi mendapatkan kelajuan angin yang tinggi. Di Malaysia, kelajuan angin hanya 2km/jam dan tidak praktikal.

Sumber ombak
Kuasa ombak merujuk tenaga daripada gelombang permukaan Ocean dan tenaga ini diambil untuk kegunaan seperti penjanaan elektrik, penyahmasinan, dan pengepaman air ke dalam takungan. Kuasa ombak ialah bentuk tenaga diperbaharui. Tenaga ombak tidak banyak digunakan dan belum ada secara perdagangan. Ombak di Malaysia juga tidak cukup besar untuk menghasilkan tenaga. Ia hanya mungkin berguna pada musim tengkujuh sahaja di pantai timur semenanjung.

Biobahan api
Pokok menggunakan fotosintisis untuk tumbuh dan menghasilkan biojisim. Biojisim boleh digunakan secara terus untuk menghasilkan bahan api atau cecair biobahan api. Bahan api biojisim yang dihasilkan secara pertanian ialah seperti biodiesel, etanol dan ‘bagasse’ (biasanya hasil penanaman tebu) .boleh dibakar untuk kegunaan engine atau dandang. Penyelidikan untuk mendapatkan kaedah yang efisen bagi menukar biobahan api kepada elektrik sedang giat dilakukan. Di Malaysia kita telah mengadakan penyelidikan untuk mendapatkan biodisel dari sumber kelapa sawit. Bagaimanapun jika ianya digunakan dari minyak sawit segar maka ini akan memberi kesan kepada pengurangan bekalan minyak sawit untuk tujuan makanan . Kita juga mempunyai ladang tebu yang luas di Perlis, jadi ianya boleh dimanfaatkan selain hanya membuat pembakaran terbuka.


Hidroelektrik
Kebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api, panjang umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk sukan air. Secara umum kuasa hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga nuklear.
Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan sistem hidroelektrik. Antaranya ialah pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas karbon dioksida semasa pembinaan dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada persekitaran sungai, risiko sabotaj dan teroris and sedikit kemungkinan bencana alam.
Penggunaan tenaga boleh dibaharui boleh menghasilkan pencemaran, pengambilan tanah yang luas, merbahaya, merosakkan alam sekitar dan tidak dapat menghasilkan kuantiti tenaga yang besar.


Sumber tenaga fosil
Bahan api fosil atau mineral ialah punca hidrokarbon yang didapati dari lapisan atas kerak bumi. Ia adalah dalam bentuk gas metana, cecair petroleum atau arang batu. Malaysia mempunyai sumber gas asli dan petroleum. Telaga minyak yang sedia ada mampu menyumbangkan gas asli untuk tempoh 100 tahun dan petroleum untuk tempoh 20 tahun, tetapi dijangka lebih pendek lagi. Sumber arang batu diimpot dari Australia. 68% sumber tenaga dunia datang dari pembakaran fosil.
Bahan api fosil tidak boleh dibaharui kerana ia memerlukan jutaan tahun untuk dibentuk dan rizab semakin berkurang. Ia juga memberi kesan kepada alam sekitar, pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil menyumbang 21.3 giga tan karbon disoksida.
Harga minyak dunia mula meningkat setelah berlaku Perang Teluk dan peningkatan mendadak bermula pada akhir 2007 dari AS$30 ke AS$100 se tong, sekarang terus meningkat ke AS$130 dan mungkin akan mencapai AS$200 se tong.

Nuklear
Kuasa nuklear ialah mana-mana teknologi nuklear yang direka untuk mendapatkan tenaga dari nukleus atom melalui pengawalan tindakbalas nuklear. Kaedah paling biasa ialah melalui belahan nukleus. Kaedah semasa melibatkan pemanasan air yang kemudiannya air yang panas ini dapat memutar turbin untuk menjana elektrik.

Kebanyakan negara industri menjana elektrik melalui sumber nuclear, contohnya Perancis 78%, Belgium 54%, Sweden 48%, Republik Korea 39%, Switzerland 37%, Jepun 30%, Finland 28%, USA 19% dan UK 18%. Negara-negara yang dalam perubahan ekonomi juga banyak menggunakan teknologi nuklear contohnya Lithuania 72%, Slovakia 57%, Ukraine 48%, Bulgaria 44%, Armenia 42%, Slovenia 40%, dan Hungary 38%. Negara membangun pula hanya 2– 9% menjana tenaga elektrik dari kuasa nuklear. Negara membangun yang besar seperti Brazil, China dan India hanya menggunakan 2-3% dari tenaga nuklear [ IAEA 2007 ].

Kajian antarabangsa sedang berjalan ke arah penambahbaikan dari segi keselamatan sinaran seperti loji keselamatan pasif, penggunaan pelakuran nuklear dan gunatambah proses haba seperti penghasilan hidrogen bagi menyahgaram air laut dan penggunaan sistem pemanasan setempat.
Rumusan
Kenaikan harga bahan api memberi pengaruh kepada harga makanan. Pertambahan dalam penggunaan bahan api akan mengurangkan keluasan tanah, meningkatkan harga baja dari bahan fosil, meningkatkan kos pengangkutan makanan. Penukaran bahan makanan kepada biobahan api juga akan mengurangkan bekalan makanan. Langkah-langkah lain untuk menghadapi krisis ini termasuklah;
  • Bagi sumber tenaga skala kecil sumber tenaga boleh dibaharui seperti sumber tenaga dari tanah kambus, bahan kumbahan, suria dan bahan api dari sumber boleh dikitar semula patut digalakkan
  • Bagaimanapun bagi keperluan skala besar keperluan terhadap sumber nuklear tidak dapat dielakkan.
  • Kajian dalam bidang pertanian bagi menghasilkan biak baka mutasi baru bagi pokok padi, pisang dan ubi yang mudah ditanam, tanpa memerlukan tanah yang luas melalui teknik nuklear. Pada tahun 70an ramai orang kampung memakan pisang rebus sebagai sarapan pagi selain pulut dan nasi. Penyinaran gama ke atas makanan utama seperti padi atau beras boleh melanjutkan tempoh simpanan.
  • meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam seperti keretapi dan bas.
  • menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan dari tenaga manusia seperti basikal untuk perjalanan kurang dari 10km dengan menyediakan infrastruktur laluan basikal atau pejalan kaki yang mencukupi. Infrastruktur ini juga akan mencantikkan bandar dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beriadah.

5 ulasan:

Wan A. Hadi (one.D) berkata...

Penulisan yg bagus. Simple dan senang difahami oleh semua peringkat.

abuomar berkata...

terima kasih uncleD. mungkin ada gaya ke kelantanan sikit.

skaboogiegurl berkata...

salam...i really need your help..do you know about the efficiency for converting fossil fired heat to power..A steady history of improved performance...huhuhuh this is my assignment...please reply me A.S.A.P

skaboogiegurl berkata...

salam...i really need your help..do you know about the efficiency for converting fossil fired heat to power..A steady history of improved performance...huhuhuh this is my assignment...please reply me A.S.A.P

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

salam,
i'm sorry for not viewing ur comments. however i do not know much about nuclear reactor. i 'm NDT man.