Ahad, 29 Jun 2008

Seminar RIG

Seminar RIG telah diadakan di Nuklear Malaysia pada 24-26 Jun 2008. RIG=Reactor Interest Group=Kumpulan Peminat Reaktor Nuklear. Hari pertama lebih banyak membincangkan polisi, kempen dan perbincangan awam. Hari kedua membincangkan hal-hal teknikal dan hari ketiga perbincangan kumpulan. Bagaimanapun aku hanya sempat hadir pada hari pertama dan petang hari kedua kerana ada tugasan lain. Pada petang hari kedua, Presiden MSNT Dr. Abd. Nassir Ibrahim telah membentangkan kertas bertajuk "NDT untuk loji kuasa nuklear". Kata utama beliau loji kuasa nuklear tidak dapat wujud tanpa NDT. Ini menunjukkan NDT sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan loji nuklear. Bagi pembinaan loji nuklear kaedah NDT tradisi yang biasa dipakai dalam industri kimia dan minyak boleh digunakan untuk memeriksa kualiti kimpalan, besi tuang dan komponen-komponen loji yang lain. Bagaimanapun bagi tujuan baikpulih dan pemeriksaan berkala ke atas reaktor yang sedang dan sudah beroperasi memerlukan teknologi NDT yang cukup mencabar. Keperluan peralatan khusus yang dikawal jauh diperlukan kerana manusia tidak dapat menghampiri secara dekat komponen2 loji yang sedang beroperasi disebabkan bahaya sinaran radioaktif. Teknologi perobotan NDT dan komputer diperlukan. Kaedah ultrasonik dan arus pusar akan banyak digunakan. Ultrasonik biasanya digunakan untuk mengesan kakisan, retakan lesu, retakan antara butiran dalam komponen reaktor manakala arus pusar untuk mengesan kebocoran dan kakisan pada tiub pendandang. Robot diperlukan untuk membawa pengesan ultrasonik ke dalam reaktor. Keperluan personel NDT berkemahiran tinggi tidak dapat dinafikan. Mereka bukan sahaja perlu NDT peringkat pertengahan tetapi akan mempunyai pengkhususan dalam berbagai-bagai aktiviti. Korea pada peringkat awal mengimpot teknologi NDT dari Kanada tetapi kemudiannya menjual semula teknologi terkini kepada negara kuasa nuklear lain.

Di Nuklear Malaysia kita mempunyai kumpulan ultrasonik dan arus pusar yang giat menjalankan penyelidikan terutama dalam automasi alat dan pembuatan pengesan (probe). Keupayaan ini sangat penting agar kita tidak terus bergantung kepada orang luar untuk membangunkan peralatan canggih.
Bidang NDT di Korea cukup maju setanding dengan negara maju yang lain. Sejarah perkembangan NDT termaju di Korea (sumber: syarahan Dr. Jong Poo Lee, 2007);
1977: pemeriksaan NDT ke atas reaktornya dilakukan oleh MHI/ZETEC, Kanada.
1979~1984: kerjasama Institut Penyelidikan Nuklear KAERI dan vendor asing
1984 : membeli alat automatik ultrasonik dari luar
1985~1997 : KAERI menjalankan sendiri pemeriksaan ke atas semua reaktor kuasa nuklear di Korea.
1998 : tender terbuka kepada 3 vendor
▶ KAITEC : Korea Advanced Inspection Technology, Ltd
▶ KPS : Korea Plant Service & Engineering, Ltd
▶ SEAN : SEAN, Ltd

Terdapat 18 reaktor kuasa nuklear sedang beroperasi di Korea dan 10 reaktor sedang dibina.

Bekas reaktor

Lukisan skema pemeriksaan NDT ke atas reaktor
Robot selaman untuk pemeriksaan bekas reaktor

Tiada ulasan: