Khamis, 3 Julai 2008

Lawatan Saintifik

Minggu ini 30/6/08-4/7/08: kumpulan NDT, Nuklear Malaysia menerima 3 pelawat dari Pakistan. Antara aktiviti untuk mereka ialah lawatan ke makmal NDT, perbincangan tentang pegurusan kualiti ISO9001:2000 untuk latihan dan perkhidmatan NDT, lawatan ke Jabatan Pembangunan Kemahiran, AIROD (ISO17025), Standard Malaysia dan NDT, SIRIM (ISO17025).Dari kiri Dr. Asif, aku, Jamaludin, Amry, Dr. Abd. Nassir (Pengarah BTI), Ali, Suhairy dan Dr. Ab Razak (Pengurus NDT). Minggu lepas mereka telah melawat China.
Kita juga menerima pelatih dari Myanmar (Ms. Ei Ei Tan) untuk mempelajari teknik NDT selama 3 bulan (Jun-Ogos) melalui latihan sambil kerja dan 2 pelajar latihan industri dari UKM yang membuat projek tentang penggunaan ultrasonik dalam konkrit (Mei-Julai).

2 ulasan:

Unknown berkata...

Wah Dr Fauzi, NDT ada blog sendiri, kalau macam tu KFK nk follow jugak la..hehehehe

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Ya lah, blog ialah tempat melepaskan perasaan