Isnin, 7 Julai 2008

Surface method level 1 (7-17 Julai 08)

Minggu ini dan depan berlangsung kursus "Surface method level 1" untuk peserta dari Kemeterian Belia dan Sukan. Aku kena mengajar tajuk
1-"Materials, Processes and Defects" dan
2-"Penetrant Processes" (Penembus Cecair).


Peserta kursus membuat latihan amali

Sebelum ini ada diceritakan serba ringkas tentang topik 1. Topik ini penting kepada personel NDT. Proses pembuatan bahan perlu diketahui terlebih dulu dan apakah kecacatan-kecacatan yang mungkin terjadi dari proses tersebut bagi memudahkan kita membuat pentafsiran dan penilaian.
Kaedah Penembus Cecair (Penetrant) berdasarkan konsep kapilari dimana cecair boleh memasuki liang seni dengan daya kapilari yang tidak terkesan oleh daya graviti. Contoh paling mudah ialah bila kita meletakkan tiub rerambut atau 'straw' ke dalam air dalam gelas kita akan dapati air dalam 'straw' menaik. Prinsip ini digunakan untuk mengesan kecacatan permukaan seperti keliangan dan retakan permukaan. Sampel ujian akan dibersihkan permukaannya terlebih dahulu. Setelah kering, cecair penembus disapu pada permukaan dan dibiarkan beberapa minit (biasanya 15-30min) untuk memberi masa kepada cecair penembus tadi memasuki semua liang atau retakan. Setelah itu permukaan dibersihkan bagi membuang lebihan cecair penembus pada permukaan, cecair penembus dalam retakan akan tertinggal. Seterusnya 'developer' disembur ke atas permukaan untuk menarik lebihan 'penetrant' dalam retakan keluar ke permukaan untuk membentuk imej yang lebih besar dan boleh dilihat mata kasar. Penetrant biasanya berwarna merah, manakala developer berwarna putih. Jika permukaan sampel tadi mempunyai retakan maka imej retakan dengan warna merah berlatarbelakang putih akan kelihatan.

Rajah di atas menunjukkan perbezaan kebolehan membasahi permukaan antara air, minyak dan raksa. Walaupun raksa mempunyai 'surface tension' yang tinggi tapi mempunyai 'wetting ability' yang rendah. 'Surface tension' yang tinggi mempunyai kuasa penembusan yang tinggi tetapi tidak boleh melekat pada permukaan. Penetrant yang baik hendaklah mempunyai kedua-duanya. Bagaimanapun cecair yang mempunyai sifat membasahi permukaan biasanya dipilih. Minyak biasanya digunakan sebagai bahan 'penetrant'.


Hubungan antara 'surface tension' dan 'wetting ability'


Saiz keretakan yang boleh dikesan oleh 'penetrant' berbanding kaedak ultrasonik. Penetrant floresen (atas), penetrant merah (tengah) dan ultarsonik (bawah).



Proses penetrant. Maklumat lanjut boleh dicapai di NDT resource centre.

Tiada ulasan: