Isnin, 4 Mei 2009

Mesyuarat Agung ke 20 MSNT

Alhamdulillah mesyuarat agung ke 20 MSNT telah berjaya diadakan pada 29/4/09 dari jam 0830 hingga 1230 di bilik seminar, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Lebih 50 ahli telah hadir. Jurnal NDT Spectra telah juga diedarkan kepada ahli. Antara isu hangat yang dibincangkan ialah;
  1. Persidangan NDT (MINDTCE09)
  2. Masaalah ketepatan UTTG
  3. Persijilan NDT kebangsaan
  4. Latihan industri pelajar
Lebih 50 kertas kerja untuk persidangan NDT telah diterima. Bagaimanapun hanya 27 diterima untuk pembentangan. Selebihnya akan dijadikan poster. Semua 10 ruang pameran telah habis ditempah. Ruang pameran ini dibuka secara PERCUMA kepada semua orang. Jemputlah semua datang untuk melihat peralatan dan teknologi baru NDT.
Kajian ketepatan UTTG sedang berjalan. SIRIM mengambil inisiatif dengan dibantu Petronas. Round Robin test sekitar lembah Kelang sudah dilaksanakan. Ujian seterusnya akan dilakukan di Johor Baru dan Pantai Timur.
Menurut kod Amerika ASME terbaru, pengiktirafan penguji NDT telah diluaskan kepada sesiapa yang telah layak dalam persijilan kebangsaan sesebuah negara dan bukan hanya terhad kepada SNT. JPK dijangka akan mendapat pengiktirafan ISO17024 pada tahun 2010 bagi membolehkan sijilnya diiktiraf seluruh dunia.
Bagi mengatasi pengangguran pelajar Universiti, kerajaan telah memperkenalkan beberapa insentif untuk program latihan pelajar. Pusat latihan NDT boleh mengambil lebih ramai pelajar yang dibiayai kerajaan untuk tujuan latihan kemahiran.

4 ulasan:

MISTA JEFF berkata...

Salam Dr. Pauzi,

Boleh x Dr. Pauzi dapat menjelaskan perbezaan di antara Pensijilan UT daripada PCN dengan pensijilan UT daripada JPK? Saya di fahamkan ISO pada kedua-duanya adalah sama. Saya mendapat aduan dan resahan daripada pelajar-pelajar KTT (Kolej Teras Timur) khususnya yang telah mendapat sijil dari JPK UT1 dan UT2 tidak diterima daripada syarikat2 NDT yang bertauliah atas alasan sijil JPK ini TIDAK LAKU. Saya berharap Dr. Pauzi dapat merungkaikan masalah ini.

Sekian, wasalam

JEFFRY JAMIL

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam Jefry,
PCN ialah sijil British. JPK sijil kebangsaan. Silibus yang digunakan lebih kurang sama iaitu berdasarkan ISO9712. Tentulah PCN lebih popular sebab ia berasal dari negara penjajah. Mentaliti kebanyakan orang kita pun terlalu mengagungkan penjajah walaupun terdapat aduan pemegang sijil PCN tak tau buat kerja. Dikatakan pemegang PCN tak buat kerja pun, orang guna namanya saja. Politik PCN (penjajah) tentu lebih hebat sehinggakan ia diagungkan. Kita doakan saja JPK terus dikenali dan dapat bertahan. JPK diterima di Sudan, Myanmar dll. Maaf terlalu lambat jawab, tak perasan ada yang komen blog saya.

Alpha Tango Six Niner berkata...

Agensi/Institut mana yang keluarkan pensijilan UT JPK? setahu saya sebelum ini, institut2 seperti MINDT keluarkan pensijilan PCN utk UT. Manakala utk RT, hanya pensijilan MLVK yang ada.

Utk, pengetahuan Dr, saya graduan yang baru tamatkan pengajian dan telah mendaftar untuk mengikuti kursus RT level II pada bulan 10 nanti di Agensi Nuklear Malaysia.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Peh,
Kursus-kursus NDT di bawah persijilan JPK:
1-Nuklear Malaysia -RT, MT, PT dan ET
2-SIRIM - UT
3-Ruane-TATI - RT, UT, MT, PT, ET.