Selasa, 21 Julai 2009

MINDTCE'09: 20~21 Julai

Seperti yang telah dirancang, alhamdulillah persidangan peringkat antarabangsa ini telah berjaya diadakan secara anjuran bersama MSNT, Petronas, SIRIM, Nuklear Malaysia dan ASCOPE. Hari pertama persidangan telah dibuka dengan rasmi oleh En. Colin Wong, Naib Presiden, Penyelidikan dan Teknologi Petronas. Ucaptama kemudian disampaikan oleh Tan Sri Dr. Ahmad Tajuddin Ali, Pengerusi Kumpulan UEM Berhad. Beliau menceritakan pengalaman dan penglibatan beliau pada peringkat awal dalam NDT. Selain merupakan presiden pertama MSNT, beliau juga membantu dalam mempromosi latihan dan persijilan personel NDT. Beliau juga pernah bekerja dengan IAEA dan terlibat dalam promosi penggunaan teknik nuklear dan NDT di kawasan Asia Pasifik. Pemegang ijazah pertama kelas pertama dan satu-satunya jurutera nuklear terawal di Malaysia beliau pernah bekerja dengan LLN, PUSPATI, SIRIM, TNB, Gas Malaysia. Sesuatu yang agak menyentuh perasaanku ialah beliau sempat menyebutkan namaku dalam ucapannya. Rupanya beliau masih mengingati namaku yang pernah sama-sama bekerja dengannya di PUSPATI dan MSNT. Sebagai mengenang jasa beliau dalam penglibatan MSNT, pihak MSNT dengan rasa bangga menanugerahkan beliau 'Honorary Member'. Sesi pertama dimulakan dengan kertas kerja oleh pembentang jemputan Baldev Raj dari Indira Gandhi Centre for Atomic Research, India. Beliau merupakan tokoh lama NDT. Tokoh lama termasuklah Mr. Thompson ICNDT/BINDT, David Barnett AINDT, Nardoni Italy. Sememangnya persidangan ini bertaraf antarabangasa dengan ramai penglibatan peserta luar negara. Kertas kerja yang dibentang pun bertaraf antarabangsa dan mencabar minda. Keseluruhan peserta dianggarkan sekitar 280 orang, 65 ialah peserta luar negara.

Pendaftaran
Tan Sri DrAhmad Tajuddin menerima sijil 'honorary member' dari presiden MSNT.

Ruang sidang

Ruang pameran
Sebanyak 19 syarikat pembekal peralatan dan pengguna NDT telah menyertai pameran.
1. NDT Instruments Sdn Bhd (Malaysia)
2. Danamin (M) Sdn Bhd (Malaysia)
3. Advance Allience Sdn Bhd (Malaysia)
4. Petronas Technology Group Solution (Malaysia)
5. Matrix Innovation (M) Sdn. Bhd (Malaysia)
6. Altec Industrial and Engineering Supply (Malaysia)
7. Gamatec Aseana NDT Supplies Sdn. Bhd (Malaysia)
8. Edaran Prestasi Sdn Bhd (Malaysia)
9. Agensi Nuclear Malaysia (Malaysia)
10. SIRIM Bhd (Malaysia)
11. XSPEC Technology Sdn Bhd (Malaysia)
12. MSI Technologies Malaysia Sdn Bhd (Malaysia)
13. Petrotechnical inspection (M) Sdn Bhd (Malaysia)
14. Foma Bohemia Ltd (Czeck Republic)
15. Modsonic instruments mfg co (p) (India)
16. Starman Electronic Ltd (Czeck Republic)
17. Starik International (Canada)
18. Russel NDE System Inc (Canada)
19. Electronic and engineering Co (i) Pte Ltd (India)
Royce menerangkan sesuatu tentang syarikatnya Advance Alliance/GE.

Isac (Canada) dan David (Australia)

Pengimbas UT

Mesin sinar-X

Persidangan sedang berjalan.

Nardoni (Italy) menerima sijil penyertaan dari Pn Norasiah.
Tahniah kepada semua yang terlibat dalam menganjurkan persidangan. Penglibatan orang muda dari Nuklear Malaysia, SIRIM dan Instep, Petronas sebagai pengurus acara patut dipuji. Hebahan dan promosi oleh MSNT, ASCOPE, AINDT, ASNT, dll persatuan NDT seperti yang dapat dilihat jika kita buat carian google telah memasyhurkan persidangan ini. Tahniah semua !!!

10 ulasan:

muhammad berkata...

Assalamualaikum Dr Pauzi, saya merupakan graduan dari ukm, dan berminat untuk berkerja didalam bidang melibatkan NDT terutamanya RT...namun begitu saya kurang dedahan maklumat tentang perkerjaan di dalam bidang NDT ini...justeru itu saya dengan perasaan rendah diri meminta jasa baik Dr untuk menyenaraikan syarikat2 (di malaysia) yang berkemungkinan memberi peluang kepada saya untuk menimba pengalaman di dalam bidang ini...saya juga ingin meminta pendapat dan nasihat Dr tentang NDT.....

assalamualaikum.....

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikum mussalam,
Antara sykt yg memberikan khidmat NDT ialah;
1-LJ inspection (0129837555)
2-Intestmal (0134833005)
3-Danamin (07-2541977)
4-ITS (03-7564439)
5-JP Kenny (03-21621266)
6-Kejuruteraan Escon (07-3883463)
7-Nusatek (03-51229766)
8-Testex (03-80603706

ct berkata...

salam Dr..sy merupakan pelajar tahun akhir universiti tenaga nasional..sy d beri tugasan untuk melihat ndt testing d syarikat2..bolehkah Dr. memberi cadangan syarikat mana yang boleh saya lawati...

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

waalaikum mussalam,
pilihlah salah satu syarikat di atas. intestmal kat puchong. LJ kat kemaman tapi cawangannya ada kat puchong dan lumut, perak. cubalah hubungi no. telefon mereka.

Mengangur berkata...

Dr.,

Setakat ini yang saya nampak, kebanyakan syarikat NDT hanya berminat untuk mengambil mereka yang sudah ada pengalaman atau cert dalam NDT. biasanya yang fresh susah untuk diambil bekerja untuk menimba pengalaman.

Pada Pendapat Dr, syarikat mana yang kebiasaannya mengambil pelatih yang tiada cert ataupun pelatih yang baru memperolehi cert dan ingin menimba pengalaman?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam,
Skrg ini mmg zaman kemelesetan. Ramai pekerja dibuang termasuklah Petronas. Jadi zaman ini cukup mencabar. Sykt akan amik orang yg ada sijil kemahiran. Selain itu tak boleh memilih kerja contohnya kalau peluang kerja ada di Sabah atau Sarawak pergi saja. Tinggalkan kampung halaman cari pengalaman di luar. Mengembara adalah suruhan agama. Sekurang-kurangnya ada 2 syarikat memerlukan RPO.

hamuchan berkata...

Saya amat gembira dapat berjumpa Dr.Pauzi, En.Ikhsan dan Presiden semasa MINDTCE.Saya sekarang bekerja dengan syarikat perunding pembinaan di Jepun dan baru bergiat dalam NDT konkrit.Projek akhir belajar dulu cuba teknik nonlinear evaluation utk freshconcrete tapi cuma sempat cuba utk mortar sahaja.Harap dapat bertukar pandangan dan maklumat mengenai penyeliaan pembinaan di Malaysia.Email baru saya ialah hamuchan2009@gmail.com

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Hamza,
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya. Tahniah kerana dapat peluang kerja di Jepun. Semuga ia dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. InsyaAllah kita sedia bertukar pandangan dan maklumat.

hanif berkata...

Assalamualaikum Dr Pauzi,
saya amat berminat untuk menceburkan diri dalam bidang NDT ini. Pada pendapat Dr Pauzi kursus apa yang perlu saya ambil terlebih dahulu bagi permulaan untuk berjinak-jinak dalam NDT ini?
dan institusi manakah yang bagus untuk mengambil lesen sama ada MINDT atau TWI atau PUSPATI?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikum mussalam,
Mulakan dengan kursus RT 1 di Nuklear Malaysia atau TATI.