Rabu, 27 Januari 2010

Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO)


Pengendalian radas sinaran dalam kerja radiografi memerlukan orang yang berkelayakan iaitu perlu menghadiri kursus dan lulus ujian kelayakan serta mempunyai tempoh pengalaman kerja. setelah itu baharu ia digelar pengendali berlesen. Ia seumpama pemandu kereta yang perlu lulus ujian teori dan amali kemudian diberi lesen P. Setelah itu baharulah dapat lesen penuh.

Pengendalian radiografi perlu mengikut prosidur dan peraturan dalam negeri dan antarabangsa. Pengendalian radas penyinaran juga seumpama orang yang memiliki senjatapi yang perlu dibaharui lesennya setiap tahun. Keengganan mematuhi peraturan ini boleh membawa kita ke mahkamah atau didenda.

Di Malaysia, untuk menjadi RPO seseorang perlu menghadiri dan lulus kursus Radiografi tahap satu di Nuklear Malaysia atau Ruane-TATI yang kemudiannya pula perlu menghadiri dan lulus kursus RPO di Nuklear Malaysia.

Jawatan RPO sekarang merupakan jawatan yang diperlukan oleh banyak syarikat. Buat masa ini saya telah dimaklumkan bahawa Syarikat LJ Inspection & Services Sdn Bhd (inspect_lj@yahoo.co.uk ) dan Petropipe Sabah ( faridah@tot.com.my ) masing-masing memerlukan RPS dan RPO. RPS ialah pegawai keselamatan sinaran. Dalam carta organisasi RPS di bawah RPO tetapi mempunyai kelayakan yang sama.

Tidak ramai yang minat bekerja dengan sinaran kerana pengaruh anti-nuklear telah membelenggu pemikiran ramai orang. Jadi kepada yang suka pekerjaan yang mencabar, inilah peluangnya.

Saya sendiri telah terlibat dengan kerja radiografi sejak tahun 1979 dan begitu aktif pada era 80an dan alhamdulillah masih sihat dan mempunyai 5 anak yang sihat-sihat belaka.  Saya juga juruperunding RPO kepada banyak syarikat atau pengguna NDT. Antara salahlaku yang saya temui atau dengar  ialah;
  1. bukan pekerja sinaran berada di kawasan kawalan sinaran
  2. menyimpan projektor gama dalam kenderaan semasa bermalam di tempat penginapan
  3. tidak menggunakan meter tinjau semasa mengendali radas sinaran
  4. tidak memakai lencana filem kerana ditakuti mendapat dos berlebihan lalu tidak berpeluang untuk buat kerja lebih masa
  5. masih menggunakan projektor gama yang telah rosak
Alhamdulillah setakat ini di Malaysia belum ada kejadian dedahan dos yang serius. Dengan peraturan dan pengawasan tegas oleh penguatkuasa iaitu AELB, insyaAllah kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.

"Berhati-hatilah ketika menggunakan radas sinaran, patuhi arahan dan prosidur"

92 ulasan:

Alpha Tango Six Niner berkata...

Dr,

Untuk menjadi RPO dlm RT, adakah perlu ada sijil RT level II terlebih dahulu?

Dan, untuk kursus RPO, adakah semua kategori (Radiografi, Gauging, NORM) akan dilatih semua atau perlu diambil berasingan?

Peh

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Setakat yang saya tahu untuk jadi RPO NDT, seseorang perlu terlebih dulu lulus RT 1 sebelum beliau layak hadir kursus RPO.
Dalam kursus RPO, peserta akan dilatih secara berasing mengikut bidang.
Untuk lebih lanjut dan pasti, eluklah tuan hubungi terus AELB www.aelb.gov.my

Tanpa Nama berkata...

Boleh Dr. jelaskan sukatan/syllibus RT level I dan RT level II?? adakah RT II akan belajar lebih banyak teknik dan teori atau, adakah levl II banyak belajar tentang code dan standard ASME dan sebagainya??

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

RT1 lebih kepada operasi peralatan, buat dedahan, proses filem, kualiti filem, keselamatan sinaran. Teori dan amali 50/50.
RT2 ialah lebih kepada penyeliaan, interpret filem. Teori dan amali 50/50 juga. Sekarang Petronas mensyaratkan dalam satu 'team' radiografi mesti ada seorang RT2. RT1 operator tidak boleh kerja sendirian, ia perlu kepada penyeliaan RT2.

Khairi Khamsah berkata...

Dr,

Saya seorang RPO di kilang membuat hard drive. Saya berminat menceburi bidang NDT dan seterusnya menjadi RPO bidang NDT.

Saya mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan Mekanikal dan memiliki kad hijau tetapi tidak berpengalaman dalam bidang NDT.

Saya bercadang mengambil kelas RI. Tetapi kos yang mahal (RM4000) membuatkan saya khuatir tersalah ambil kelas. Adakah saya mengambil kelas yang betul? Adakah terdapat kelas NDT yang lebih rendah tahapnya sesuai untuk mereka yang baru menceburi bidang ini?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Eluk anda tanya pihak AELB. Jika yang baru nak jadi RPO NDT, untuk ambil kursus RPO mesti terlebih dahulu lulus peperiksaan JPK Radiografi tahap 1. Tempat kursus RT yang diikitiraf hanya di Ruane_TATI dan Nuklear Malaysia.

ainuneyes berkata...

dr, sy seorang student yang ambil course fizik kesihatan..
tapi setkat ni, sy masih belum jumpa maksud sebanar dedahan pekerjaan, ataupun occupational exposure.. dr, boleh tlg jelaskan, atau beri definisi.. dapat bantu sy buat asgment.. terima kasih..

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Ringkasnya dedahan pekerjaan ialah dedahan sinaran yang disebabkan aktiviti semasa pekerjaan. Bagi pekerja sinaran (cthnya bidang radiografi, pengimejan nuklear, tolok nuklear, operator reaktor dll) had dos tahunan yang dibenarkan ialah 50mSv.

ainuneyes berkata...

thanx..
lagi nk tanya..
saya ada subjek elektif untuk semester akan dtg.. sy xberape pasti skop subjek-subjek yang disediakan..
boleh Dr jelaskan?
1- non destructive method
2- signal processing

p/s: lecturer saya ada terangkan skit2, tapi sy perlukan penerangan yg lebih untuk sy buat pilihan..

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam,
non destructive method (ndt) ialah seperti yang sy jelaskan pada tulisan pertama. boleh juga cari kat internet.
signal processing ni lebih kepada pengaturcaraan komputer. saya pun tak tahu sangat.
ndt mungkin lebih senang. kamu dalam bidang apa? engineering? mechanical? civil? physics?

ainuneyes berkata...

terima kasih doc..
saya dah cuba cari di internet..
sy lebih brminat NDT..
ada masalah lagi, sy tanya doc lagi yer..
terima kasih..
saya dlm bidang physic..
health physic.. di UTM Skudai..
mgkin doc kenal prof ahmad termizi ramli.. dia lecturer saya.. :)

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Nama prof Tirmizi agak masyhur. Mungkin sy pernah jumpa beliau, tapi tak lah kenal rapat.

Aspie berkata...

Salam.

Dr. Boleh beritahu mana agensi atau IPTA yang terlibat dalam bidang penyelidikan NDT terutamanya kaedah advanced radiography, phased array UT dan eddy current???

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam,
Yang saya tahu Nuklear Malaysia, SIRIM, UKM (mechanical eng)

Khairil berkata...

Dr. jika tak keberatan, boleh tak Dr. kongsi sedikit laluan kerjaya Dr.dalam menjadi penyelidik dalam bidang NDT? seperti kelulusan akademik Dr. dari ijazah sarjana muda sehhingga PhD, dan dari mana Dr. menyambung pelajaran sehingga peringkat Master dan PhD? dan pengalaman kerja Dr. dalam bidang NDT ataupun sbg RPO.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Sdr khairil,
Sy mendapat ijazah pertama BSc 1979 dlm bidang fizik (UKM), MSc 1981 dlm NDT (Brunel Univ. England) dan PhD 1995 dlm kejuruteraan awam & struktur (UKM). Sy telah berpeluang menjalani latihan sambil kerja di Autralia Atomic Energy selama 7 bulan dalam bidang NDT dan perlindungan sinaran. Pengalaman NDT kira2 29 tahun.

Zaid_85 berkata...

Dr.,

Saya baru tamatkan pengajian saya dalam bidang mechanical engineering dari UTM.

Adakah IPTA dan IPTS di Malaysia menawarkan bidang NDT di peringkat Master???

Dr. sebelum belajar di Brunnel pernah bekerja di syarikat NDT?

Dan adakah Dr. dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke England??

abuomar berkata...

Salam Zaid,
Brunel University di England tidak lagi menawarkan kurus NDT peringkat MSc. Rasanya tiada IPTA/IPTS yang menawar Master by course work dalam bidang NDT. Saya tidak pernah kerja dengan syarikat NDT tetapi pernah memberi khidmat NDT melalui kerjasama dengan syarikat NDT.
Sekarang biasiswa mungkin susah sikit. Tapi jika dapat menjadi tutor di Universiti peluang melanjutkan pelajaran hingga peringkat PhD tu ada.

murni ramli berkata...

aslmkm DR.
SY sbnrnya sgt berminat dgn kursus ini.dan skrg bercadang untuk m`gambil kursus ini di kolej teras timur..soalan sy, adakah sbgai sorg wanita sy layak untuk turut serta dalam bidang ini?
bagaimana dgn peluang kerja yg di tawarkan?

abuomar berkata...

Salam,
Rasanya tiada diskriminasi jantina dalam perkara ini. Wanita pun boleh. Peluang kerja ada, sebab tak ramai yang minat dengan kerja ini.

Ndt Phase Array Level II berkata...

Salam....

University Of Northampton,UK dgn kerjasama BINDT (British Institute Of NDT) ada menawarkan kursus Foundation, Bsc dan Msc dlm bidang Ndt.

Mereka juga telah bekerjasama dengan Terengganu Advance Technical Instute(TATI)untuk menawarkan kursus peringkat diploma NDT dengan tawaran pemindahan kredit ke university northampton.

Ndt Phase Array Level II berkata...

basic method dlm Ndt.

ultrasonic test
magnetic particle test
dye penetrant test
radiography test
visual test

dlm advance ndt pula seperti phase array, tofd, termographic, etc.

abuomar berkata...

Salam,
Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

Nadzmi berkata...

Agak bagus ada program Diploma in NDT di TATiUC...

Saya amat berminat untuk menceburi bidang NDT...saya berkelulusan Sarjana Muda Fizik Industri dari UTM..apa pendapat Dr. dan saudara NDT Phased Array, kiranya saya mengambil kursus Diploma NDT ini. Adakah rugi berbuat demikian?

Dan berapa lamakah program itu akan dijalankan? adakah mereka yang telah mempunyai ijazah, mengambil kursus diploma NDT, berpeluang untuk belajar ke peringkt Master dlm bidang NDT??

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Sdr Nadzmi,
Apakah cita2 sdr? Ingin jadi pengamal NDT atau penyelidik atau pensyarah. Jika ingin menjadi pengamal (practitioner) cukup dengan mengambil NDT level 1, 2 dan 3. Jika lulus, sdr diiktiraf sebagai layak atau mempunyai lesen kerja. Manakala diploma, ijazah dan sarjana ianya lebih berbentuk akademik, sesuai jadi penyarah atau penyelidik.

Tanpa Nama berkata...

Sepanjang penglibatan Dr. dalam radiografi industri, apakah contoh yang kerap Dr. perhsatikan ttg salah laku dalam keselamatan sinaran atau kemalangan sinaran???
amat menarik sekiranya Dr. dapat ulaskan dalam blog.

abuomar berkata...

Selain yang disebutkan di atas, sy juga mendengar bahawa ada pekerja sinaran tidak memakai lencana filem kerana dibimbangi jika dos berlebihan, beliau akan ditahan dari bekerja dan tidak mendapat kerja lebih masa. atau ada juga yang merosakkan lencana filem.

Tanpa Nama berkata...

bagaimanakah kemalangan sinaran? pernahkah di Malaysia terdapat pekerja sinaran menerima dos berlebihan secara acute?

abuomar berkata...

Yang saya tahu pernah berlaku dedahan berlebihan iaitu pada tahun 2005. Keluar surat khabar. Ini ialah kecuaian pekerja radiografi sendiri yang tidak menggunakan meter tinjau untuk memastikan punca sinaran telah masuk ke dalam bekas perisai.
Insiden yang pernah berlaku ke atas diri saya ialah punca tertanggal dari kabel pemandu. Tapi ianya dapat diselesaikan dengan cepat. Tiada dos berlebihan yang saya terima. Sejak bekerja dengan sinaran (1980) saya belum terima dos berlebihan. Alhamdulillah.

fazli berkata...

assalammualaikum...
dr,saya bertanya satu soalan,saya amat berminat dalam bidang radiografi industri,adakah kerjaya ini boleh menjamin masa depan...maksud saya dari segi pendapatan dan kesihatan

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

waalaikum mussalam fazli,
insyaAllah, cuma biasanya sykt ingin kemahiran lain selain RPO, contoh RT interpreter.

soffi berkata...

salam pada semua...saya berminat dengan NDT,setakat ni saya tengah ambil diploma in aircraft maintenance technology manufacturing,saya ingin betanya apakah langkah2 perlu saya ambil utk bermula nya saya ke bidang NDT ini?please if you dont mind email me at soffipetai@gmail.com

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam,
eluk tu belajar dalam aircraft. sebab utk buat NDT di sektor kena ada background dalam aircraft. untuk ndt dalam aircraft kita belum ada lagi local certificate. sijil yang popular ialah PCN dan ASNT. cuba cek kat TWI website atau Ruane_TATI Terengganu. Untuk makluman kita hanya ada 3 NDT level III local dalam aircraft maintenance dan tiada seorang pun dalam aircraft manufacturing (metallic). Peluang pekerjaan memang banyak untuk NDT in aircraft.

farhan berkata...

salam saya mencari tempat ojt dlm bidang (NDT atau DT)dangan kelayakan pembantu jurutera kimpalan, boleh bantu saya??

Tanpa Nama berkata...

salam dr.
saya dr lulusan pengimejan perubatan dan berminat menceburi bidang RPO...adkah latar belakang pendidikan terdahulu sudah mencukupi untuk memohon kerja sebagai RPO dan seterusnya RPO NDT..mohon penjelasan dari pihak dr , langkah selamat untuk saya membuat perancangan

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Farhan,
Boleh cuba di syarikat NDT spt Intestmal Sdn. Bhd.
Tanpa Nama,
kena ambil kursus RPO (NDT) dan kena ada JPK RT1

Anayeiza88 berkata...

wah ayah saya RPO kat LJ Inspection & Services Sdn Bhd...

MC Bong berkata...

bolehkah saya bljr jurusan pengimejan perubatan blh x sy jadi rpo ...

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Untuk jadi RPO berlesen kena mengikuti kursus dan peperiksaan yang diiktiraf oleh AELB.

Azwan berkata...

Assalamualaikum dr,

Saya amat meminati menceburi bidang ndt sejak mempelajari subjek ndt semasa berada di universiti. Saya mempunyai ijazah dalam kejuruteraan bahan. Swtelah setahunbekerja di chemical plant, saya ingin menukar arah ke.ndt. tetapi, saya tidak tahu bagaimana nk memulakan kareer. Saya tahu saya mesti mempunyai sijil sijil ndt utk menjadi inspektor. Bolehlah dr sarankan apa yang perlu saya lakukan dan di manakah saya boleh mnghadiri kursua kursua tersebut.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikumussalam,
Ada 3 jenis persijilan NDT di Malaysia; JPK (kebangsaan), PCN (British) dan ASNT (Amerika). JPK dan PCN hampir sama iaitu silibusnya berdasarkan piawai ISO9712. Manakala ASNT ada 2 jenis ACCP (spt JPK dan PCN) dan in-house. Pusat latihan yang diiktiraf oleh JPK ialah Nuklear Malaysia, SIRIM, Ruane-TATI dan ITC Skill Training Institute. Manakala pusat latihan PCN pula Ruanne-TATI, TWI, MINDT, CIDB Johor. ASNT pula kebanyakan di Malaysia mengamalkan in-house training kecuali untuk tahap 3. Tahap 3 ASNT antara sijil yang paling glamour.

Azwan berkata...

Terima kasih sbb menjawap dr. Berkaitan dengan kursus tersebut, adakah saya boleh menghadiri kursus tahap satu mana mana pusat latihan yang diiktirafkan? Setelah saya cari di internet, kebanyakkan kursus adalah tahap 2 dan 3. Sebagai permulaan, kursus apakah yang perlu saya ambil. U tuk pengetahuan dr, saya inhin memasuk industri minyak dan gas .

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Susah untuk jawab soalan anda. Untuk menjadi pakar dalam NDT (tahap 3) akan mengambil masa. Mana-mana 5 teknik NDT pun boleh. Mungkin boleh mula dengan radiografi atau ultrasonik. Boleh terus ambil tahap 2 (melalui direct access). Untuk mencapai tahap 3 kena dapatkan 3 NDT tahap 2 terlebih dahulu. Saya boleh emelkan program latihan NDT 2013 dari beberapa pusat latihan. Tolong bagi alamat emel anda.

Azwan berkata...

Bolehlah dr mnjelaskan bagaimana dengan cara direct access..

Qloud_0388@hotmail.com dr boleh emelkan di alamat tersebut. Terima kasih Dr.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Calun boleh mengambil 'direct access' ke tahap 2 tanpa perlu melalui tahap 1. Bagaimanapun jam latihan ditambah. Contohnya kalau 80jam untuk ultrasonik tahap 2, maka bila ambil 'direct access' akan menjadi 120 jam latihan.

Adam Hafiz berkata...

Slm Dr,
Sy ada beberapa soalan..
Sy seorang lepasan diploma radiography..
1.Sy tidak berapa jelas mengenai kerjaya RPO ni..adakah RPO dikhusus kn pada satu kategori shj sprti NDT atau bnyk lagi kategori RPO jika ada apa bidang yg sesuai kelulusan sy atau berkait rapat dgn bidang ini..?

2.Saya ada terbaca mengenai kursus RPO di syrkt Bangi Ray..yg mnawarkn kursus tersebut.sekiranya sy tamat kursus tersebut adakah sy bole mengambil pemeriksaan RPO..?

3.Apakah langkah yg perlu sy ambil utk mohon sbgai RPO secara "step by step"..?

Sekian Terima KAsih

halim berkata...

salam dr.boleh email kn prgram rt1 tuk 2013.saya berminat untuk mengikuti rt1.laylalias@gmaik.com.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam Adam,
Mmg ada RPO selain NDT. Cuma untuk mendapatkan lesen RPO NDT kena lulus JPK RT1 dan lulus kursus RPO. Semak dengan www.aelb.gov.my

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam Halim,
Agenda latihan NDT 2013 boleh dilihat http://www.nuclearmalaysia.gov.my/Product&Service/TrainingCenter/fileAttach/agenda2013.pdf

Adam Hafiz berkata...

Dr,
Jd disini klau sy mnceburi bdang NDT ni kna ambil kursus
Industrial Radiography Basic Grade Level 1 (MLVK/RT1)la ye..then sy kne ambil peperiksaan RPO melalui AELB..
atau sy ambil kursus RPO dulu sblum peperiksaan RPO..

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Ya kena amik kursus rt1 dan lulus jpk rt1 dulu. Setelah itu baru amik kursus rpo dan exam rpo. Detail boleh tanya aelb.

Tanpa Nama berkata...

Assalammualaikum Dr.

saya merupakan graduan UKM dalam bidang sains nuklear.

saya berminat untuk mengambil lesen NDT. Dr, adakah wanita sesuai untuk bidang ini? dan adakah peluang pekerjaan sama seperti lelaki apabila lesen diperolehi?

terima kasi Dr. :)

Graduan Binggung berkata...

Salam dr
saya nak tnyer doktor pasal cswip 3.0 yang ditawarkan di twi, adakan ianya berbaloi utk graduan kerana matlamat jangka panjang saya ialah untuk mendapatkan API 510 yang mmerlukan pngalaman setahun dlm bdg welding inspection atau ndt terlebih dahulu.. adakah wajar saya meneruskan diri dlm bidang welding inspection ke tahap lebih tggi atau mengambil sijil API 510 setelah cukup pengalaman saya dlm bidang welding inspection...

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Wanita pun boleh jadi RPO, kecuali apabila mengandung beliau tidak boleh terdedah kepada sinaran seperti keadaan biasa.
Sy tiada pengalaman dalam CSWIP3.0 dan API510. Tapi welding inspector dan plant inspector memang mempunyai peluang pekerjaan.

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr,

Saya ingin bertanya, TWI punya sijil ndt diikitiraf x ? dan mcm mane utk peluang kerjaya . adakah selepas saya mndapat semua sijil ndt dri twi level 2, saya kene mengambil exam di jabatan nuklear malaysia ?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Untuk mengendali peralatan sinaran spt mesin sinar-X dan punca gama, hanya sijil JPK yang diiktiraf oleh AELB. Rasanya di TWI sijil NDT mereka menurut British (PCN, CSWIP) atau Amerika (ASNT).

Ooi berkata...

Salam Dr,

Saya baru lulus dalam peperiksaan RPO Tahap 3 - Industri, macam mana saya boleh memanfaatkan ini?

Saya baru sahaja berhenti kerja masa Nov. Apakah industri yang boleh saya menceburi untuk memanfaatkan sijil ini?

Sebenarnya saya mempunyai BSc (Hons) Medical Physics, SPA juga telah menawarkan saya Pegawai Sains C41, tetapi posting dari KKM tidak terkeluar-keluar lagi.

Saya amat risau dan tidak tahu macam mana.. Tolong nasihat, Dr.

Terima Kasih.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikumussalam,
Tahniah. Bukan senang nak lulus RPO. Untuk menjadi RPO NDT selain lulus RPO kena ada sijil RT1 JPK.
Bidang kamu ialah fizik perubatan, rasanya eluk kamu teruskan.
Susah juga nak bagitau. Solat istiqarah dan tawakal.

radii berkata...

Salam.

Saya sekarang belajar Aircraft Maintenance tehnology in composite. Dalam subject saya ada pasal NDT sekali dan saya berminat. Tapi saya tak tahu mana saya boleh amik exam untuk level 2 untuk mana2 lima NDT. Boleh saya tahu tak kat mana saya boleh rujuk dan duduk exam. At least selain ada profesional dalam aircraft, nak jugak ada sampingan NDT.

Terima kasih.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Rasanya awak sesuai buat NDT dalam aircraft. Boleh cek kat TWI. Cuma kursus NDT aerospace hanya di Abington, UK. Belanjanya tentu mahal. Bagaimanapun NDT aerospace tidak ramai orang. Hanya sorang NDT level 3 aerospace di Msia iaitu En Alamin, MAS.

Unknown berkata...

Assalammuaalaikum..

saya ada ASNT level 2 in DPI,MPI ..

PCN level 2 UT 3.1 n RI

saya mintak tolong dr. beri saya list company NDT di malaysia untuk orang yang baru ingin menapak dalam bidang ni macam saya..

saya juga igin bertanya .. berapakah kos permbelanjaan untuk kursus RPO di jabatan nuklear malaysia.. dan bagaimana harus saya "apply" ?

mohon bantuan dr. :)

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikumussalam,
Ok nnt sy akan senarai pada pos baru. Ttg kursus Rpo, anda boleh rujuk http://www.nuclearmalaysia.gov.my pada pautan training centre.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...dr,
Sy plajar lpasan spm...sy nk tnye, lau brmnat dgn bidang ndt ni tp sy x tau ape ape yg berkaitan dgn bodang ni, dri mane ptot sy bermule, smpai mne sy boleh lanjutkan pelajaran, dan ape pluang pekejaan yg ade dalam bidang ni? tlg jelaskan skit dr, trime kasih...

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Kelayakan minimum untuk menceburi NDT ialah SPM. Boleh bermula dengan tahap 1 (operator) seterusnya tahap 2 (penyelia) dan tahap 3 (pengurus). Ada 5 kaedah utama NDT-RT, UT, MT, PT dan ET. Untuk mendapat tahap 1 perlu hadir kursus seminggu dan ambil periksa dan jika lulus perlu menjalani latihan kerja (pelatih) selama 3 bulan. Selepas itu baru dapat sijil tahap 1. Untuk ke tahap 2 perlu pula pengalaman 9 bulan. Dan seterusnya...

Tanpa Nama berkata...

Kalau bg yg dapat tawaran untuk diploma ndt di TATiUC bagaimana pula...???

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Eluklah tu untuk beginner.

Tanpa Nama berkata...

Katakan sy telah habis diploma tersebut, ape yg patut sy bwt dan kursus ape yg patut sy ikuti...???

Tanpa Nama berkata...

salam Dr. saya fitri pelajar lepasan spm. saya sangat berminat untuk mengambil course NDT tetapi saya tidak tahu nak ambil course NDT dekat mana ? boleh Dr. membantu saya dimana saya boleh belajar NDT.

Tanpa Nama berkata...

Di TATiUC ade menawarkan program diploma NDT,

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr. Klau ambik UT kat SIRIM Bangi laku ke?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Salam,
SIRIM ialah pusat latihan NDT yang diiktiraf JPK. JPK NDT pula mendapat pengiktirafan ISO17024 dari Jabatan Standard Malaysia bagi persijilan NDT. Sijil JPK sekarang setaraf dengan PCN, CSWIPP dan persijilan yang menurut ISO 17020. Masaalah laku atau tidak itu rezekilah.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

maaf iso17024 bukan 17020. 17020 ialah untuk inspection body

Unknown berkata...

dr minta share contoh soalan dn jawapan utk rpo level 2..blh email pd sy afud87@gmail.com. sy nak exam ni cuma dh lama tak study..thank dr.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Saya sudah lama tidak terlibat dengan kursus dan peperiksaan RPO. Maaf tak ada soalan RPO.

Tanpa Nama berkata...

Salam Dr Pauzi, nama saya Anuar, saya lepasan ijazah radiography dan pengimejan diagnostik, saya bernminat untuk berkhidmat sebagai RPO ataupun RPS dan sekarang ini dalam proses untuk mengambil certificate2 NDT 2 dan RSH untuk RPO. Saya cuma risau tentang peluang dan saluran kerjaya ini setelah tamat dan lulus kursus NDT dan RPO. Boleh ke DR emelkan kepada saya senarai agensi2 yang memerlukan khidmat RPO/RPS di Malaysia,kalau ade di kelantan lagi baik. emel saya dr.. khairianuar41@yahoo.com

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Boleh mencuba di syarikat yang dinyatakan pada http://www.utmr.blogspot.com/2014/02/institusi-syarikat-yang-berkaitan-ndt.html

Unknown berkata...

Salam Tuan,

Saya pemegang ijazah sarjana muda dlm bidang Pengimijan Diagnostik & Radiotherapy (Medical x-ray & radiotheraphy). Bolehkah saya menceburi bidang NDT ini. Adakah mereka akn mengambil kira background degree saya ataupun saya kne start daripada awal. Mohon pencerahan

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Perlu ada sijil kemahiran ndt tahap 1, 2 atau 3 sekiranya kngin bekrja dgn ndt.

MohdkamalBotox berkata...

Salam, saya berminat dalam bidang perkerjaan RPO, dan saya memiliki dip kej elektornik, dimana saya boleh mulakan pengalaman dalam RPO tersebut. Terima kasih.

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikumussalam,
Kena ikuti kursus RPO di Nuklear Malaysia terlebih dulu. Rasanya RPO NDT diperlukan oleh banyak syarikat NDT. Setelah ada sijil RPO dan RT boleh minta kerja sebagai RPO dengan syarikat NDT.

Tanpa Nama berkata...

askum...saya nak tanya mcm mana nak kerja bidang ndt dalam industri aerospace??? kat mana saya boleh dapatkan license ndt aerospace ni??? adakah nak ambik license ndt aerospace ni kena ad background aerospace engineering???

Unknown berkata...

Assalamualaikum tuan,
Saya ade berhububg dgn Agensi Nuklear Malaysia mengenai kursus ndt disana. Saya ada dptkan senarai kursus dan harga kursus ndt tersebut. Saya nak tanya, adakah saya perlu mendapakan pekerjaan dlm sektor ndt terlebih dahulu atau mengambil risiko daftar kursus tersebut dgn dana sendiri. Apa yg saya faham, kedua-duanye penting sbb sektor ini perlukan sijil ndt dan ndt job experience. Kebanyakan industry mahukan mereka yg telah bergiat aktif, pada pendapat tuan bagaimana jln kerjaya bagi mereka yg baru dan masih mentah dgn sektor ini. Kursus ndt juga melibatkan reasonable kos, saya cuma tidak mahu ia menjadi pelaburan yg merugikan.
Saya boleh dihubungi di alamat email : norazmikama1992@gmail.com

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Waalaikumussalam,
NDT aerospace boleh semak kat MIAT, AIROD, SME, MAS, CTRM

Norazmi,
Kerja dulu atau kursus dulu. Dua2 boleh. Kalau dapat kerja dan jika sykt benarkan berkursus, belanja mungkin rendah (ada diskaun bila masuk kursus). Kalau amik persendirian boleh juga, kemudian mohon kerja lagi senang dpat.

Janet berkata...

Good afternoon, sy just nak tanya. sy bru graduate drpada UMP, ijazah sarjana muda kejuruteraan kimia. sy tgk ada iklan sirim tuk sijil NDT-kaedah pengujian ultrasonik tahap 2.. jika sy mengambil kursus ini, adakah ia membantu sy dalam bidang pekerjaan?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Sila google ttg NDT. NDT secara asasnya bidang kemahiran yg merangkumi latihan, penyelidikan dan servis. Boleh jadi tenaga pengajar atau penyelidik. Jika kerja servis kadang2 kerjanya agak mencabar dan perlu bersedia di lapangan.

Unknown berkata...

assalamualaikum...saya pelajar kemahiran dlm bidang automotif dan saya tertarik dengan NDT ni...agak-agak kursus Ndt yg mane sesuai utk sy ambik..
kos berapa biasenya??

Unknown berkata...

Assalamualaikum prof saya farhan skg bekerja sbg technician pesawat trade avionics.. Dan dlm silibus saya di MIAT mmg ada belajar basic NDT... Cuma skg nak guidance dr tuan utk saya ceburi bidang NDT.. Apa yg saya perlu lakukan... Saya sudah 8 tahun berkhidmat sbg techcian pesawat

Unknown berkata...

Aslmualaikum dr, saya ada mlvk industrial radiographer lvl 2.. Betul Ke khabar angin yg AELB telah menggubal semula syarat utk kursus RPO iaitu mesti mempunyai diploma sebagai salah satu kelayakan?

Unknown berkata...

salam tuan..bleh tuan bg no talifon tuan..saya ad nak bertanya tentang ndt&rt...baru dapat kursus ni di kemaman tp nak tanya tuan lebih lanjut..harap tuan bleh mnolong sya..nama sya fateh arrazi...no 0174120523..

Unknown berkata...

NO hp sy 0104017500 Mohamad Pauzi

Unknown berkata...

Hi I'm from Proray Sdn.bhd. I would like to find a company consultant on the non-destructive testing (NDT) for radiation protection officer (RPO). For anyone with an RPO Certificate in NDT. Please Email admin@proray.com.my. Thank you .

Amir Amir berkata...

Hi slmt petang.
1.Boleh saya tahu cara untuk dapatkan info berkaitan kursus2 NDT yg akan dijalankan?

2.Sekiranya saya sdah mempunyai salah satu sijil contohnya RT, adakah saya boleh trus apply kerja dlm bidang NDT?