Rabu, 28 Mac 2012

Seminar "Sharing of experience on nuclear power in Malaysia"

Seminar tentang kuasa nuklear sedang berlangsung di Nuklear Malaysia, iaitu dari 26-30 Mac 2012. Antara tajuk yang dibincangkan ialah;
  1. Nuclear power for sustainable development and challenges after Fukushima nuclear accident 
  2. Energy security and nuclear in Malaysia
  3. Design and features of LWR
  4. Outline of construction procedures of nuclear power plants
  5. Safety measures of nuclear power plant
  6. Radiation management and environment monitoring for radiation protection
  7. Nuclear fuel safety for severe accident like Fukushima nuclear accident
  8. Technological aspect and lessons learned from the Fukushima Dai-ichi nuclear power plant severe accident and how to receive blessing in disguise
  9. Positioning of nuclear power in Fukui prefectural policy and public relation's activity
  10. Risk perception and nuclear power communication.
Antara fakta menarik
  1. Lebihkurang 6000 pekerja lombong arang batu mati setahun di China
  2. 19,867 kematian/kehilangan disebabkan tsunami dan gempa bumi. Sehingga kini (selepas setahun), tiada kematian yang disebabkan oleh kemalangan nuklear Fukshima 311, 
  3. 30000 penduduk di Fukushima  tidak akan  dapat pulang ke rumah asal mereka  sehingga selepas 5 tahun
  4. Malaysia akan mula mengimpot gas untuk tenaga letrik pada Ogos 2012 - dijangka harga letrik akan meningkat kecuali dengan subsidi kerajaan
  5. Jepun mula mengurangkan penggunaan tenaga solar
  6. Pengurangan pembebasan gas CO2 sebanyak 50% dari paras 1990 sebelum 2050 adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan kemusnahan oleh perubahan cuaca (Global consensus)
  7. UAE, Poland, Turkey, Jordan, Egypt, Saudi Arabia merancang untuk mula membina reaktor kuasa nuklear
  8. German, Swiss dan Belgium merancang untuk mengurangkan nuklear selepas kemalangan Fukushima

4 ulasan:

Shahrul berkata...

Dr.,

Berkenaan dengan pembangunan tenaga nuklear Malaysia, adakah bilangan tenaga pakar akan ditambah menerusi latihan dan pendidikan? Bagaimana pula dengan pengambilan kakitangan untuk Agensi Nuklear Malaysia? adakah akan ditambah lebih ramai lagi? Berkenaan dengan pendidikan, adakah kerajaan akan menyeidakan biasiswa untuk belajar dalam bidang kejuruteraan nuklear di luar negeri? dan, Adakah kita mempunyai/bakal mempunyai program kerjasama dengan negara2 maju yang lain?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Jika program kuasa nuklear diteruskan, beberapa Universiti akan mula menawarkan kursus-kursus berkaitan teknologi nuklear. Operator kuasa nuklear yang dipilih (spt TNB atau lain syarikat) tentunya akan menawarkan pekerjaan. Nuklear Malaysia setakat ini ialah badan kerajaan di bawah MOSTI yang menjalankan penyelidikan nuklear. Mungkin ada pengambilan pekerja baru bergantung kepada polisi kerajaan. Kerjasama tentunya ada. Kita kena patuh kepada keperluan IAEA.

azri_malaya berkata...

UTM juga akan menubuhkan fakulti baru iaitu kejuruteraan nuklear. tapi tak tahu bila akan mula. Dr, berkaitan projek Lynas di Gebeng, adakah ia berbahaya seperti kilang ARE di Bukit Merah?

Ts Dr Mohamad Pauzi Ismail berkata...

Tidak serupa. Kadar radioaktif di Lynas ialah 5.6Bq/g dan lebih rendah dari ARE. Semua punca radioaktif yang melebihi 5Bq/g perlu dilesenkan oleh AELB.