Jumaat, 16 Mac 2012

Seminar Tenaga Nuklear Siri II

Alhamdulillah pada 8 Mac 2012 aku berpeluang mengikuti seminar ini dengan tajuk "Fakta dan pengajaran dari kemalangan nuklear di Fukushima". Para penceramah terdiri dari pakar-pakar nuklear iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Dr Saito (bekas presiden JAERI, Jepun), Yahagi (Tepco), Prof Yoshida (Univ. Tokyo), Dr Mukaiyama (JICC), Dr Muhamad (Nuklear Malaysia) dan Mohd Pauzi (AELB).
Seperti yang dimaklumi bahawa satu reaktor kuasa iaitu Fukushima Daici (1) telah mengalami kerosakan teruk akibat tsunami. Ini adalah antara kemalangan nuklear terbesar yang berlaku pada tahun lalu. Dimaklumkan bahawa pembebasan radioaktif Cesium telah berkurangan dengan mendadak. Kebanyakan sisa ini terkumpul mendap bersama debu dan algae. Kolam renang yang dahulunya tercemar telah boleh digunakan melalui pembersihan. Jika dibandingkan dengan kemalangan nuklear di Chernobyl, Russia (26 April 1986), kemalangan Fukushima adalah lebih terkawal. Jejari kawasan yang perlu dikosongkan juga lebih kecil iaitu (10km), sedangkan Chernobyl 100km. Setakat ini belum ada lapuran kematian disebabkan pendedahan bahan radioaktif.
Antara kekurangan dalam pembinaan reaktor ini ialah panduan undang-undang keselamatan yang tidak lengkap. Contohnya benteng tsunami setinggi 5.5m tidak mencukupi untuk menghadang tsunami setinggi 15m. Bangunan reaktor tidak telap air. Tiada sistem kawalan untuk pembebasan gas hidrogen. Sistem penyejukan hanya bergantung pada pam dan tidak graviti.

Tiada ulasan: