Bilik dedahan sinar X
- Perlu mempunyai ruang yang mencukupi untuk menempatkan mesin sinar X.
- Mempunyai kemudahan punca elektrik dan air.
- Jika paip, pembuluh atau kabel perlu melalui dinding bilik dedahan, laluannya perlu direka supaya tidak berlaku kebocroan sinaran.
- Mempunyai ruang di luar bilik yang berasingan untuk menempatkan panel kawalan.
- Dinding atau pintu perlu mempunyai ketebalan yang mencukupi dari bahan yang sesuai.
- Perlu mempunyai pintu yang dapat menjadi perisai yang mencukupi dan suis yang boleh menghalang operasi tiub sinar X melainkan jika pintu telah ditutup sepenuhnya.
- Pintu hendaklah juga boleh dibuka dari dalam.
- Suis untuk mematikan operasi mesin sinar X dari dalam bilik hendaklah juga disediakan. Ini perlu bagi kes orang terperangkap dalam bilik secara tidak sengaja
- Lampu kelipan atau penggera bunyi hendaklah digunakan bagi menunjukkan mesin sinar X sedang beroperasi.
- Perisai bilik hendaklah mencukupi.
- Terdapat kemudahan untuk menyimpan punca bila tidak digunakan (storage pit) dan hendaklah berkunci.
- Terdapat kemudahan untuk memuat dan mengeluarkan punca (penukaran punca).
- Meter tinjau yang diperlukan untuk memeriksa paras dos sebelum memasuki bilik hendaklah disediakan.
- Lantai dan siling hendaklah dapat mengurangkan sinaran terserak.
- Pintu hendaklah boleh dibuka dari dalam dan luar.
Rekabentuk bumbung begini akan menyumbangkan banyak sinaran terserak.