Hari ini bermula hidup sebagai pesara kerajaan. Bebas tanpa ada ikatan pekerjaan. Boleh mengembara, berehat dan bersendiri. Alhamdulillah telah menyumbang kepada negara selama 36 tahun 4 bulan 17 hari. Mudah-mudahan segala amalan diterima Allah.
Blog ini sebagai ruang untuk aku menulis atau memperihalkan semua perkara berkaitan dengan Ujian Tidak Merosakkan (UTMr) atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai Nondestructive Testing (NDT). Di Malaysia terdapat lebih 30 syarikat NDT yang aktif memberikan khidmat (UTMr) terutamanya di sektor minyak, gas, kimia, tenaga, dll. Terdapat juga persatuan NDT iaitu Malaysian Society for Non-destructive Testing (MSNT) yang telah ditubuhkan pada tahun 1989.
Memaparkan catatan dengan label nuklear. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label nuklear. Papar semua catatan
Jumaat, 6 Oktober 2017
Khamis, 5 Oktober 2017
iNustec 2017
Persidangan antarabangsa ini telah diadakan di UNITEN, Bangi pada 25-27 September 2017. Ini merupakan persidangan terakhir yang dihadiri sebelum bersara.
Inilah kertas kerja yang aku bentangkan sebagai poster.
Beberapa isi ucapan dasar yang menarik yang sempat dirakamkan.
Inilah kertas kerja yang aku bentangkan sebagai poster.
Ucapan Perasmian
Kerjasama UNITEN dan Agensi Nuklear MalaysiaBeberapa isi ucapan dasar yang menarik yang sempat dirakamkan.
Selasa, 20 Disember 2016
Kegunaan Teknologi Nuklear dalam Industri
Nuclear/radiation
techniques and radioisotope tracers for industrial applications
- Radiography Testing (X-, gamma ray and neutron)
- Computed Tomography (X- and gamma)
- Moisture detection (Neutron)
- Density measurement (gamma)
- Radiotracer (gamma)
- Element
identification using Prompt Gamma Neutron Activation Analysis (PGNAA)
Khamis, 3 Januari 2013
Kempen Sains dan Teknologi
MOSTI sedang berusaha mempromosi dan membudayakan sains dan teknologi di segenap lapisan
masyarakat. Bermula jam 1830 petang ini di TV3.
Rabu, 28 Mac 2012
Seminar "Sharing of experience on nuclear power in Malaysia"
Seminar tentang kuasa nuklear sedang berlangsung di Nuklear Malaysia, iaitu dari 26-30 Mac 2012. Antara tajuk yang dibincangkan ialah;
- Nuclear power for sustainable development and challenges after Fukushima nuclear accident
- Energy security and nuclear in Malaysia
- Design and features of LWR
- Outline of construction procedures of nuclear power plants
- Safety measures of nuclear power plant
- Radiation management and environment monitoring for radiation protection
- Nuclear fuel safety for severe accident like Fukushima nuclear accident
- Technological aspect and lessons learned from the Fukushima Dai-ichi nuclear power plant severe accident and how to receive blessing in disguise
- Positioning of nuclear power in Fukui prefectural policy and public relation's activity
- Risk perception and nuclear power communication.
Antara fakta menarik
- Lebihkurang 6000 pekerja lombong arang batu mati setahun di China
- 19,867 kematian/kehilangan disebabkan tsunami dan gempa bumi. Sehingga kini (selepas setahun), tiada kematian yang disebabkan oleh kemalangan nuklear Fukshima 311,
- 30000 penduduk di Fukushima tidak akan dapat pulang ke rumah asal mereka sehingga selepas 5 tahun
- Malaysia akan mula mengimpot gas untuk tenaga letrik pada Ogos 2012 - dijangka harga letrik akan meningkat kecuali dengan subsidi kerajaan
- Jepun mula mengurangkan penggunaan tenaga solar
- Pengurangan pembebasan gas CO2 sebanyak 50% dari paras 1990 sebelum 2050 adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan kemusnahan oleh perubahan cuaca (Global consensus)
- UAE, Poland, Turkey, Jordan, Egypt, Saudi Arabia merancang untuk mula membina reaktor kuasa nuklear
- German, Swiss dan Belgium merancang untuk mengurangkan nuklear selepas kemalangan Fukushima
Jumaat, 16 Mac 2012
Seminar Tenaga Nuklear Siri II
Alhamdulillah pada 8 Mac 2012 aku berpeluang mengikuti seminar ini dengan tajuk "Fakta dan pengajaran dari kemalangan nuklear di Fukushima". Para penceramah terdiri dari pakar-pakar nuklear iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Dr Saito (bekas presiden JAERI, Jepun), Yahagi (Tepco), Prof Yoshida (Univ. Tokyo), Dr Mukaiyama (JICC), Dr Muhamad (Nuklear Malaysia) dan Mohd Pauzi (AELB).
Seperti yang dimaklumi bahawa satu reaktor kuasa iaitu Fukushima Daici (1) telah mengalami kerosakan teruk akibat tsunami. Ini adalah antara kemalangan nuklear terbesar yang berlaku pada tahun lalu. Dimaklumkan bahawa pembebasan radioaktif Cesium telah berkurangan dengan mendadak. Kebanyakan sisa ini terkumpul mendap bersama debu dan algae. Kolam renang yang dahulunya tercemar telah boleh digunakan melalui pembersihan. Jika dibandingkan dengan kemalangan nuklear di Chernobyl, Russia (26 April 1986), kemalangan Fukushima adalah lebih terkawal. Jejari kawasan yang perlu dikosongkan juga lebih kecil iaitu (10km), sedangkan Chernobyl 100km. Setakat ini belum ada lapuran kematian disebabkan pendedahan bahan radioaktif.
Antara kekurangan dalam pembinaan reaktor ini ialah panduan undang-undang keselamatan yang tidak lengkap. Contohnya benteng tsunami setinggi 5.5m tidak mencukupi untuk menghadang tsunami setinggi 15m. Bangunan reaktor tidak telap air. Tiada sistem kawalan untuk pembebasan gas hidrogen. Sistem penyejukan hanya bergantung pada pam dan tidak graviti.

Khamis, 24 November 2011
Quality Assurance system for NDT related to Nuclear Power Plant inspection
Kursus dalaman ini sedang berlansung di Agensi Nuklear Malaysia dari 23-25 November 2011. Ia telah dibuka oleh Dr Zamzam Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, MNPC. Ucapan pembukaan beliau cukup menarik tentang keperluan tenaga nuklear di Malaysia. Ramai yang digerunkan dengan nuklear tapi ramai juga yang ke Jepun, Korea, USA, Eropah samada untuk bercuti atau bekerja atau belajar tanpa rasa takut walaupun semua negara maju ini mempunyai puluhan reaktor nuklear. Begitu juga kapal dan kapal selam kuasa nuklear, mereka tidak bimbang tidur di sebelah reaktor nuklear. Kenapa? Dr Zamzam tak pula beri jawapan. Tapi aku fikir sebab mereka berilmu dan memahami teknologi nuklear. Mereka faham semua benda di dunia ini ada risikonya. Memandu kereta, menaiki bas, keretapi, pesawat terbang, menunggang basikal, memasak di rumah, berjalan di tepi jalan hatta menunggu bas pun ada risiko kemalangan. Kenapakah golongan anti-nuklear begitu beria-ia benar menentang nuklear. Apakah mereka benar-benar jujur atau mereka ada agenda politik tertentu? Apakah sama agenda saperti alasan Amerika menyerang Iraq, NATO menyerang Libya, huruhara di Mesir, Syria dll. Tapi bagi orang Islam yang berilmu, kita ada panduan dari al-Qur'an dan al-hadis dan sepatutnya kita tidak tertipu dengan agenda-agenda negatif begini.
Ucapan selamat datang oleh Dr Mohd Ashhar, TKP, wakil Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
Ucapan Dr Jong Poo Lee wakil IAEA
Ucapan pembukaan oleh Dr Zamzam dari MNPC
Sesi bergambar selepas majlis peramsian.
Kursus ini akan diberikan oleh pakar IAEA dari Korea iaitu Dr Jong Poo Lee. Beliau juga guru NDT aku sebelum ini. Walaupun aku dan dia sebaya dan sama-sama mempelajari NDT sejak tahun 70an tapi pengalaman dan kelayakan beliau dalam NDT jauh meninggalkan aku. Ini disebabkan Korea sudah ada reaktor kuasa nuklear sejak tahun 1973. Presidennya masa itu cukup berani walaupun ketika itu Korea masih miskin. Korea miskin ketika itu disebabkan baru lepas perang, dengan pendapatan per kapita seumpama Mesir dan lebih rendah dari Filipina.
Jumaat, 18 Jun 2010
Pengurangan Perubahan Iklim
Malaysia telah semakin perihatin tentang kesan perubahan iklim. Ia telah mengalami banjir luar biasa di Johor pada 2006 dan lain-lain perubahan iklim sejak kebelakangan ini. Suhu di Asia Tenggara telah meningkat dengan purata 0.1-0.3C sedekad untuk tempoh 50 tahun. Pada tahun 2050, negara dijangka akan mengalami iklim yang lebih panas dengan peningkatan suhu sehingga 1.5C setahun. Hujan yang sangat lebat di musim basah dan sangat kurang di musim kering mengakibatkan banjir besar dan kemarau panjang. Paras air laut dijangka meningkat 15-95 sm bagi tempoh 100 tahun.
Malaysia tidak terikat dengan sasaran khusus bagi pembebasan GHG. Bagaimanapun negara terikat dengan UNFCCC untuk membentuk strategi kebangsaan bagi mengurangkan perubahan iklim. Pengurangan dan pengurusan perubahan iklim telah disebut dalam JK kabinet Perdana Menteri untuk menggalakkan tindakan diambil oleh kementerian. Penggunaan tenaga yang boleh bertahan telah diberi perhatian dengan polisi yang menjuruskan kepada kelastarian sumber tenaga. Negara merancang untuk mengurangkan subsidi yang menghalang kecekapan peningkatan sistem tenaga.
Jumlah pelepasan gas CO2 di Malaysia ialah 177.5Mt pada 2004, iaitu meningkat 3 kali jumlah 1990, 55.3Mt. Dalam sektor elektrik, kita menggunakan 29% arang batu, 64% gas dan 7% hidro yang mana keamatan CO2 ialah sekitar 500g CO2 per kW.h.
Keperluan tenaga bagi 2005 hingga 2030 dijangka meningkat pada kadar 3.1% setahun. Peningkatan 1% dalam produk tempatan (GDP) diikuti dengan 1.2-1.5% peningkatan keperluan tenaga (dan pelepasan GHG). Berdasarkan ramalan tenaga, penjanaan elektrik dijangka meningkat sekitar 158 TW.h pada 2020 dan 184TW.h pada 2025 berbanding hanya 104TW.h pada 2006. Manakala pelepasan gas dari sektor kuasa 50%, pengangkutan 28% dan industri 20%.
Malaysia berhasrat menjadi negara maju pada 2020. Tenaga ialah sebahagian kemewahan kerana ia menyediakan peluang kerja, membenarkan pengembangan industri dan pekerja berbagai kemahiran dengan pengetahuan tinggi. Malaysia telah mengenal pasti tenaga pilihan agar tidak terlalu bergantung kepada sumber gas dan arang batu yang semakin berkurang. Dalam hal ini penggunaan berhemat gas asli LNG, tenaga nuklear dan tenaga boleh dibaharui merupakan fokus utama abad ke 21. Tenaga boleh dibaharui dengan skala besar masih tidak berdaya maju dan tidak boleh laksana sebab teknologi tersebut belum cukup matang. Jadi tenaga nuklear ialah pilihan terbaik seperti yang ditunjukkan oleh keputusan ekonomi dan tenaga negara yang cemerlang seperti Perancis dan Korea.
Pada September 2008, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengumumkan bahawa kerajaan akan menimbangkan kemungkinan penjanaan tenaga nuklear domestik sebagai respon terhadap harga minyak yang tinggi. Katanya kerajaan tidak mempunyai pilihan selain tenaga nuklear kerana ia adalah pilihan terbaik bagi tahun 2023 memandangkan bekalan bahanapi fosil akan kehabisan. Jun 2009, kerajaan bersetuju membenarkan tenaga nuklear sebagai pilihan selepas 2020. Seterus kabinet meluluskan JK pemandu bagi Pengembagan kuasa nuklear.
Nuklear merupakan pilihan jangka panjang yang berdaya maju kerana ianya merupakan teknologi hijau, bersih, mesra alam dan mesra iklim serta teknologi masa depan yang boleh menjana kekayaan. Sokongan kerajaan juga disebabkan persetujuan total dengan penggunaan tenaga nuklear untuk aktiviti keamanan dan pengawalan senjata.
Beberapa kajian telah dilakukan di Malaysia. Kajian 2008 ke atas penilaian tenaga strategik untuk menangani isu perubahan iklim menunjukkan bahawa Malaysia boleh mengurangkan pelepasan gas CO2 dalam sektor kuasa sebanyak 22% melalui tenaga nuklear pada tahun 2020. Kajian lain pula mendapati pelepasan 4.9Mt CO2 setahun bagi 1000MW tenaga nuklear dapat dielakkan yang mana melayakkan Malaysia mendapat sijil pengurangan pelepasan karbon (CER). Bagaimanapun nuklear masih perlu dimasukkan dalam instrumen CDM. MNA, NRE, agensi dan pembuat polisi tenaga perlu menyelaras antara satu dengan lain bagi memasukkan nuklear sebagai instrumen CDM.
Meskipun begitu tenaga nuklear kekal menjadi fokus utama kepada perancang tenaga dan ekonomi Malaysia. Cabaran ialah untuk membina ijmak ke atas menjadikan keperluan tenaga nuklear sebagai ciri kekal – campuran bekalan tenaga kebangsaan untuk masa depan.
diterjemah ringkas dari 'Climate change and nuclear power 2009' pp58-59, IAEA.

Ahad, 29 Jun 2008
Seminar RIG
Seminar RIG telah diadakan di Nuklear Malaysia pada 24-26 Jun 2008. RIG=Reactor Interest Group=Kumpulan Peminat Reaktor Nuklear. Hari pertama lebih banyak membincangkan polisi, kempen dan perbincangan awam. Hari kedua membincangkan hal-hal teknikal dan hari ketiga perbincangan kumpulan. Bagaimanapun aku hanya sempat hadir pada hari pertama dan petang hari kedua kerana ada tugasan lain. Pada petang hari kedua, Presiden MSNT Dr. Abd. Nassir Ibrahim telah membentangkan kertas bertajuk "NDT untuk loji kuasa nuklear". Kata utama beliau loji kuasa nuklear tidak dapat wujud tanpa NDT. Ini menunjukkan NDT sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan loji nuklear. Bagi pembinaan loji nuklear kaedah NDT tradisi yang biasa dipakai dalam industri kimia dan minyak boleh digunakan untuk memeriksa kualiti kimpalan, besi tuang dan komponen-komponen loji yang lain. Bagaimanapun bagi tujuan baikpulih dan pemeriksaan berkala ke atas reaktor yang sedang dan sudah beroperasi memerlukan teknologi NDT yang cukup mencabar. Keperluan peralatan khusus yang dikawal jauh diperlukan kerana manusia tidak dapat menghampiri secara dekat komponen2 loji yang sedang beroperasi disebabkan bahaya sinaran radioaktif. Teknologi perobotan NDT dan komputer diperlukan. Kaedah ultrasonik dan arus pusar akan banyak digunakan. Ultrasonik biasanya digunakan untuk mengesan kakisan, retakan lesu, retakan antara butiran dalam komponen reaktor manakala arus pusar untuk mengesan kebocoran dan kakisan pada tiub pendandang. Robot diperlukan untuk membawa pengesan ultrasonik ke dalam reaktor. Keperluan personel NDT berkemahiran tinggi tidak dapat dinafikan. Mereka bukan sahaja perlu NDT peringkat pertengahan tetapi akan mempunyai pengkhususan dalam berbagai-bagai aktiviti. Korea pada peringkat awal mengimpot teknologi NDT dari Kanada tetapi kemudiannya menjual semula teknologi terkini kepada negara kuasa nuklear lain.
Di Nuklear Malaysia kita mempunyai kumpulan ultrasonik dan arus pusar yang giat menjalankan penyelidikan terutama dalam automasi alat dan pembuatan pengesan (probe). Keupayaan ini sangat penting agar kita tidak terus bergantung kepada orang luar untuk membangunkan peralatan canggih.

Bidang NDT di Korea cukup maju setanding dengan negara maju yang lain. Sejarah perkembangan NDT termaju di Korea (sumber: syarahan Dr. Jong Poo Lee, 2007);
1977: pemeriksaan NDT ke atas reaktornya dilakukan oleh MHI/ZETEC, Kanada.
1979~1984: kerjasama Institut Penyelidikan Nuklear KAERI dan vendor asing
1984 : membeli alat automatik ultrasonik dari luar
1985~1997 : KAERI menjalankan sendiri pemeriksaan ke atas semua reaktor kuasa nuklear di Korea.
1998 : tender terbuka kepada 3 vendor
▶ KAITEC : Korea Advanced Inspection Technology, Ltd
▶ KPS : Korea Plant Service & Engineering, Ltd
▶ SEAN : SEAN, Ltd

Terdapat 18 reaktor kuasa nuklear sedang beroperasi di Korea dan 10 reaktor sedang dibina.

Bekas reaktor

Lukisan skema pemeriksaan NDT ke atas reaktor
Robot selaman untuk pemeriksaan bekas reaktor
Khamis, 26 Jun 2008
Krisis Tenaga
Krisis tenaga ini banyak dibincangkan seperti di media massa, seminar dan demonstrasi bantahan kenaikan harga minyak. Ianya agak rancak apabila harga petrol telah dinaikkan dari RM1.92/liter kepada RM2.70/liter.
Sumber Tenaga
Terdapat beberapa sumber tenaga yang boleh didapati. Antaranya termasuklah sumber tenaga boleh dibaharui, sumber fosil (minyak, gas, arang batu) dan nuklear.
Terdapat beberapa sumber tenaga yang boleh didapati. Antaranya termasuklah sumber tenaga boleh dibaharui, sumber fosil (minyak, gas, arang batu) dan nuklear.
Tenaga boleh dibaharui
Teknologi tenaga boleh dibaharui adalah terdiri dari hidroelektrik, biojisim, suria, angin, ombak, tanah kambus, hujan, biobahan api dan geoterma. Pada tahun 2006, 18% penggunaan tenaga dunia ialah dari bahan boleh diperbaharui, 3% dari biojisim tradisi seperti pembakaran kayu, 13% dari hidroelektrik, 1.3% dari air panas. Teknologi moden seperti geoterma, angin, suria dan ombak memyumbang 0.8% tenaga dunia.

Punca tenaga boleh dibaharui (dipetik dari wikipedia)
Tenaga suriaTenaga suria ialah tenaga dari matahari dalam bentuk cahaya dan haba. Kuasa suria merujuk kepada penukaran tenaga cahaya matahari kepada elektrik melalui fotovolta, alat penumpu haba suria atau teknik lain. Bagaimanapun penggunaan tenaga suria tidak begitu besar mungkin disebabkan panel suria yang mahal dan ruang yang besar diperlukan untuk meletakkan panel suria.
Sumber tanah kambus
Gas metana terhasil secara semulajadi dari tempat tanah kambus mempunyai prospek untuk penjanaan elektrik. Amerika telah mula mencuba teknologi ini. Sumber ini mungkin agak praktikal kerana kita boleh mengambil peluang dari tanah kambus yang terbiar tanpa apa-apa kegunaan seperti tempat untuk pelupusan sampah atau rawatan sanitasi.
Sumber angin
Kuasa angin ialah penukaran tenaga angin kepada tenaga berguna seperti elektrik menggunakan turbin. Dalam kincir angin, tenaga angin digunakan untuk memecah bijirin atau mengepam air. Pada hujung 2007, kapasiti penggunaan angin sebagai punca tenaga sebanyak 94.1 gigawatt. Walaupun angin menghasilkan 1% daripada tenaga elektrik dunia tetapi 19% digunakan di Denmark, 9% di Sepanyol dan Portugis, 6% di German dan Ireland. Kebanyakan tenaga angin ini diperolehi pada tempat tinggi bagi mendapatkan kelajuan angin yang tinggi. Di Malaysia, kelajuan angin hanya 2km/jam dan tidak praktikal.
Sumber ombak
Kuasa ombak merujuk tenaga daripada gelombang permukaan Ocean dan tenaga ini diambil untuk kegunaan seperti penjanaan elektrik, penyahmasinan, dan pengepaman air ke dalam takungan. Kuasa ombak ialah bentuk tenaga diperbaharui. Tenaga ombak tidak banyak digunakan dan belum ada secara perdagangan. Ombak di Malaysia juga tidak cukup besar untuk menghasilkan tenaga. Ia hanya mungkin berguna pada musim tengkujuh sahaja di pantai timur semenanjung.
Biobahan api
Pokok menggunakan fotosintisis untuk tumbuh dan menghasilkan biojisim. Biojisim boleh digunakan secara terus untuk menghasilkan bahan api atau cecair biobahan api. Bahan api biojisim yang dihasilkan secara pertanian ialah seperti biodiesel, etanol dan ‘bagasse’ (biasanya hasil penanaman tebu) .boleh dibakar untuk kegunaan engine atau dandang. Penyelidikan untuk mendapatkan kaedah yang efisen bagi menukar biobahan api kepada elektrik sedang giat dilakukan. Di Malaysia kita telah mengadakan penyelidikan untuk mendapatkan biodisel dari sumber kelapa sawit. Bagaimanapun jika ianya digunakan dari minyak sawit segar maka ini akan memberi kesan kepada pengurangan bekalan minyak sawit untuk tujuan makanan . Kita juga mempunyai ladang tebu yang luas di Perlis, jadi ianya boleh dimanfaatkan selain hanya membuat pembakaran terbuka.
Hidroelektrik
Kebaikan utama sistem hidroelektrik ialah tiada penggunaan bahan api, panjang umur, kos operasi rendah dan kemudahan untuk sukan air. Secara umum kuasa hidroelektrik boleh menjadi lebih murah berbanding bahan api fosil atau tenaga nuklear.
Bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan sistem hidroelektrik. Antaranya ialah pemindahan orang, penghasilan sejumlah gas karbon dioksida semasa pembinaan dan banjir, gangguan kepada hidupan air dan burung, memberi kesan kepada persekitaran sungai, risiko sabotaj dan teroris and sedikit kemungkinan bencana alam.
Penggunaan tenaga boleh dibaharui boleh menghasilkan pencemaran, pengambilan tanah yang luas, merbahaya, merosakkan alam sekitar dan tidak dapat menghasilkan kuantiti tenaga yang besar.
Sumber tenaga fosil
Bahan api fosil atau mineral ialah punca hidrokarbon yang didapati dari lapisan atas kerak bumi. Ia adalah dalam bentuk gas metana, cecair petroleum atau arang batu. Malaysia mempunyai sumber gas asli dan petroleum. Telaga minyak yang sedia ada mampu menyumbangkan gas asli untuk tempoh 100 tahun dan petroleum untuk tempoh 20 tahun, tetapi dijangka lebih pendek lagi. Sumber arang batu diimpot dari Australia. 68% sumber tenaga dunia datang dari pembakaran fosil.
Bahan api fosil tidak boleh dibaharui kerana ia memerlukan jutaan tahun untuk dibentuk dan rizab semakin berkurang. Ia juga memberi kesan kepada alam sekitar, pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil menyumbang 21.3 giga tan karbon disoksida.
Harga minyak dunia mula meningkat setelah berlaku Perang Teluk dan peningkatan mendadak bermula pada akhir 2007 dari AS$30 ke AS$100 se tong, sekarang terus meningkat ke AS$130 dan mungkin akan mencapai AS$200 se tong.
Nuklear
Kuasa nuklear ialah mana-mana teknologi nuklear yang direka untuk mendapatkan tenaga dari nukleus atom melalui pengawalan tindakbalas nuklear. Kaedah paling biasa ialah melalui belahan nukleus. Kaedah semasa melibatkan pemanasan air yang kemudiannya air yang panas ini dapat memutar turbin untuk menjana elektrik.
Kebanyakan negara industri menjana elektrik melalui sumber nuclear, contohnya Perancis 78%, Belgium 54%, Sweden 48%, Republik Korea 39%, Switzerland 37%, Jepun 30%, Finland 28%, USA 19% dan UK 18%. Negara-negara yang dalam perubahan ekonomi juga banyak menggunakan teknologi nuklear contohnya Lithuania 72%, Slovakia 57%, Ukraine 48%, Bulgaria 44%, Armenia 42%, Slovenia 40%, dan Hungary 38%. Negara membangun pula hanya 2– 9% menjana tenaga elektrik dari kuasa nuklear. Negara membangun yang besar seperti Brazil, China dan India hanya menggunakan 2-3% dari tenaga nuklear [ IAEA 2007 ].
Kajian antarabangsa sedang berjalan ke arah penambahbaikan dari segi keselamatan sinaran seperti loji keselamatan pasif, penggunaan pelakuran nuklear dan gunatambah proses haba seperti penghasilan hidrogen bagi menyahgaram air laut dan penggunaan sistem pemanasan setempat.
Rumusan
Kenaikan harga bahan api memberi pengaruh kepada harga makanan. Pertambahan dalam penggunaan bahan api akan mengurangkan keluasan tanah, meningkatkan harga baja dari bahan fosil, meningkatkan kos pengangkutan makanan. Penukaran bahan makanan kepada biobahan api juga akan mengurangkan bekalan makanan. Langkah-langkah lain untuk menghadapi krisis ini termasuklah;
- Bagi sumber tenaga skala kecil sumber tenaga boleh dibaharui seperti sumber tenaga dari tanah kambus, bahan kumbahan, suria dan bahan api dari sumber boleh dikitar semula patut digalakkan
- Bagaimanapun bagi keperluan skala besar keperluan terhadap sumber nuklear tidak dapat dielakkan.
- Kajian dalam bidang pertanian bagi menghasilkan biak baka mutasi baru bagi pokok padi, pisang dan ubi yang mudah ditanam, tanpa memerlukan tanah yang luas melalui teknik nuklear. Pada tahun 70an ramai orang kampung memakan pisang rebus sebagai sarapan pagi selain pulut dan nasi. Penyinaran gama ke atas makanan utama seperti padi atau beras boleh melanjutkan tempoh simpanan.
- meningkatkan kualiti sistem pengangkutan awam seperti keretapi dan bas.
- menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan dari tenaga manusia seperti basikal untuk perjalanan kurang dari 10km dengan menyediakan infrastruktur laluan basikal atau pejalan kaki yang mencukupi. Infrastruktur ini juga akan mencantikkan bandar dan memberi kemudahan kepada rakyat untuk beriadah.
Isnin, 4 Februari 2008
Asas Teknologi Nuklear
Definasi
Teknologi nuklear ialah teknologi yang melibatkan tindakbalas nukleus atom. Penggunaannya cukup meluas dari pengesan asap, reaktor nuklear, senjata nuklear dll. Di Nuklear Malaysia penggunaan meliputi bidang indutsri, perubatan dan pertanian.
Sejarah
Pada 1895, Roentgen telah menemui satu sinaran yang tidak diketahui yang telah menyebabkan setengah kimia memancarkan cahaya apabila terdedah kepada sinar ini. Sinar ini juga didapati dapat menembusi bahan yang tidak dapat ditembusi cahaya. Lalu sinar ini dinamakan sinar-X. Setahun kemudian, Becquerel pula menemui sinaran yang dihasilkan dari bahan tertentu boleh menghitamkan filem fotograf. Kajian menunjukkan bahan tersebut mengandungi Uranium yang boleh mengeluarkan sinaran yang boleh menembusi bahan. Semasa perang dunia kedua, tindakbalas nuklear telah difahami sepenuhnya dan penciptaan senjata nuklear bermula.
Struktur atom
Atom terdiri nukleus yang dikelilingi elektron (bercas negatif) seperti mana bumi dikelilingi bulan dan matahari dikelilingi lain-lain planet atau bintang. Dalam nukleus pula terdapat proton yang bercas positif dan neutron yang tidak bercas.
Radioaktif
Bila nukleus tak stabil (contohnya terdapat kelebihan neutron) ia akan menyepai dan menghasilkan sinaran. Nukleus atom ini dinamakan radioisotop atau bahan radioaktif.
Contoh radioisotop ialah Ir-192 yang menyepai menghasilkan zarah beta (bercas negatif) dan sinaran gama pada kadar tertentu. Unit bagi kadar penyepaian ialah Becquerel (Bq)
1 Bq = 1 sepaian sesaat. Unit lama Ci – 1Ci = 3.7 x 1010 Bq = 37 GBq
Penggunaan dalam pertanian
Penyinaran makanan (gama) – menggunakan sinar gama dari cobalt-60 untuk membunuh serangga, mikrob dalam rempah ratus, buahan, kentang, dll. Tujuannya untuk melanjutkan tempoh penyimpanan.
Penghasilan benih baru (biak baka mutasi) – contoh pisang Novaria, bunga raya, benih padi.
Penggunaan dalam perubatan
Pengimejan - Radiografi sinar X, tomografi
Radioterapi – bunuh sel kanser
Penyahkuman bagi alatan perubatan/pembedahan (gama Co-60) – cth: sarung getah, picagari, hidrogel, dll.
Penggunaan dalam industri
NDT radiografi sinar X, gama dan neutron
Pengukur kelembapan (neutron)
Pengukur ketumpatan (Gama)
Pengimbas paip (gama/neutron)
Pengimbas turus (gama)
Tolok nuklear
Pensterilan gama- barang kosmetik, farmasiutikal, herba.
Penggunaan dalam industri pembuatan
Taut silang alur Elektron :proses penyalutan permukaan bahan spt wayar, barangan getah, pembungkus makanan & minuman, cakera padat, dakwat percetakan, aksesori kereta dan bahan2 binaan.
Pemvulkanan lateks getah asli menggunakan sinar gama.
Penggunaan dalam alam sekitar
Analisis paras logam berat dan beracun spt plumbum, raksa, cadmium dan arsenik
Teknik penyurih (tracer) – pengurusan sumber air, pemantauan kadar pemendapan sedimen
Senjata Nuklear
Boleh guna U-235 atau plutonium. U-235 biasanya secara semulajadi ada besama U-238 dan perlu pengasingan. Plutonium boleh didapati dari reaktor nuklear.
Tindakbalas berantai antara neutron dengan U-235 boleh menghasilkan tenaga yang cukup tinggi.
Bom atom pertama ialah masa perang dunia kedua July 1945 bernama Trinity.
2 butir bom nuklear telah diletupkan di Hiroshima dan Nagasaki.
Kapal selam kuasa Nuklear - mampu belayar berbulan. Kajian sedang dijalankan bagi membina kapal terbang dan roket berkuasa nuklear.
Reaktor kuasa nuklear
Telah bermula sejak 1950 di US, UK dan Rusia. Setengah negara di dunia mengharamkan penggunaan kuasa nuklear. Bagaimanapaun kebanyakan negara maju seperti Jepun, Korea, China, Amerika, Negara2 Eropah menggunakan kuasa nuklear secara meluas. Negara lain termasuklah India, Pakistan, Israel, Iran.
Kecelekaan Nuklear
Bom Nuklear di Hiroshima dan Nagasaki (1942)Kemalangan Three Mile island (1979)
Kemalangan Chernobyl Accident (1986)
Reaktor penyelidikan di Nuklear Malaysia
Dibina Nov 81, siap 28 Jun 1982
Kuasa maksimum: 1 MW
Bahanapi – Uranium (20 w/o U-235) + ZrH
Penyejuk _ air tulen (nyah galian)
Suhu maksimum bahanapi: 500 C
Fluk neutron: 3 x 10^13 n/cm^2 saat termal di tengah teras
Kawalan Keselamatan Nuklear di Malaysia
Terikat dengan Akta 304 yang dikuatkuasa oleh LPTA. Pekerja sinaran seperti Pegawai Perlindungi Sinaran, Penyelia, Operator perlu dilesenkan. Aktiviti nuklear perlu mengikut
Prosidur Perlindungan Sinaran yang diluluskan.

Langgan:
Catatan (Atom)