Memaparkan catatan dengan label UTMr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UTMr. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Julai 2017

Menunggu persaraan

Saat yang mendebarkan. Apa nak buat lepas bersara? Cukupkah duit persaraan? Bagaimana ingin sesuaikan dengan perubahan pendapatan bulanan. Pinjaman sudah tidak mampu lagi.

Apakah aku telah berjasa secukupnya? Apakah khidmat yang boleh diberikan? Semuanya bermain di fikiran. Paling digeruni ialah saat kematian. Apakah sudah bersedia?.

Ya Allah ampunilah dosaku, maafkan, afiatkan aku.

Alhamdulillah antara sumbangan ku yang tak seberapa ialah penerbitan beberapa buah buku NDT berikut. Diharap ianya dapat memberi manfaat kepada masyarakat NDT di Malaysia.


Saya juga ada koleksi beberapa bahan latihan NDT yang sedia dikongsi pada pautan berikut.

Link to share file

Khamis, 13 Februari 2014

Institusi, Syarikat yang berkaitan NDT

Atas perminataan rakan-rakan berikut ialah senarai syarikat/institusi yang berkaitan dengan aktiviti NDT. Senarai berikut biasanya berubah mengikut masa. Komen dan pandangan pengunjung dialu-alukan.

Syarikat Pembekal Peralatan NDT
ALTEC INDUSTRIAL & ENGINEERING
C. Melchers GmbH and Co.
Edaran Prestasi Sdn. Bhd.
GE Inspection Technologies,
NDT Instruments Sdn. Bhd.
ZL Technologies Sdn. Bhd.

Syarikat Pemberi Khidmat NDT
Airod Sdn. Bhd (ISO17025)
Care Ion Sdn. Bhd. (ISO17020)
 Cekap Technical Services Sdn. Bhd.
Cresent NDT & Inspection Sdn. Bhd
Danamin Trade Services S/B.,
Focus Inspection Sdn. Bhd.
Intesmal Corporation Sdn. Bhd.
ITS Testing Services (M) Sdn. Bhd.
J.P. Kenny Wood Group
Kejuruteraan ESCON Sdn. Bhd.
LJ Inspection Services Sdn. Bhd.
Lott Inspection Sdn. Bhd. (ISO17020)
MJ Plant Assessment Sdn. Bhd.,
Moody International (M) Sdn. Bhd.
NDT HI-TECH Inspection Services (M) S/B.
NDE Consultancy Services S/B. (ISO17020)
Nuklear Malaysia (ISO17020)
Nusantara Technology S/B.,
PRESCAN SDN. BHD.
S.E.M Inspection Sdn. Bhd.
SIRIM Bhd. (ISO17025)
Shamira Sdn. Bhd.
TESTEX (M) S/B
VELOSI (M) SDN. BHD.
W.I. TRADE INSPECTION S/B,

Pengguna NDT/Pembuat produk
MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD
BRADKEN MALAYSIA SDN. BHD.
PETRONAS
TNB
SME Aerospace S/B (ISO17025)

IPTA/Kolej/Institut Penyelidikan
MFI
Nuklear Malaysia
UKM,
UPM,
UTeM

Pusat Latihan
Nuklear Malaysia (ISO9712)
SIRIM (ISO9712)
Ruane-TATI (ISO9712)
ITC (ISO9712)
TWI (ISO9712)
MINDT

Rabu, 23 Januari 2013

Kod etika pekerja NDT

Pekerja NDT perlu mempunyai etika/akhlak yang baik. Antaranya termasuklah (dipetik dari persatuan NDT Kanada, Amerika dll);
1. Melaksanakan tugas secara profesional – dengan mengambil kira penjagaan terhadap alam sekitar, keselamatan dan kesihatan awam,
    a. Setiap masa mengikut kehendak kod, peraturan dan standad
    b. Melapurkan kepada penyelia atau majikan terhadap apa-apa perlanggaran terhadap kod, peraturan dan standad

2. Mengambil tanggungjawab melakukan kerja NDT hanya kepada tugasan yang ia layak (competent) iaitu setelah menjalani latihan, lulus ujian dan cukup pengalaman.
     a. Tidak menandatangani apa-apa dokumen yang beliau tidak mempunyai kelayakan atau tanggungjawab
3. Memberitahu majikan atau client tentang akibat-akibat yang bakal dihadapi bila perlanggaran terhadap peraturan atau pengadilan teknikal dilakuan oleh orang tidak berkelayakan
4. Mengelakkan apa konflik kepentingan antara majikan dan pelanggan
5. Bersungguh-sungguh dalam mengekalkan kemahiran/kelayakan dengan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kerja terhadap bidang kelayakan yang telah diperolehi.

Dalam Islam kita ada panduan untuk memelihara akhlak seperti yang disebut dalam al-Qur'an dan al-hadis. Berikut ialah antara nas yang disusun semasa kuliah atau usrah bersama Dr Huda atau mungkin yang aku jumpa dalam rujukan2 di laman sesawang. Wallahu a'lam.

Akhlak
Berikut ini dikemukakan sebagian ayat-ayat Al Qur'an mengenai akhlaq Islamiyah sebagai gambaran/contoh sesuai dengan urutan mushaf:
"Bukankah menghadaphan wajahmu ke arah timur dan Barat itu satu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatirn, orang-orang miskin, rnusafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta; dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya); dan mereka itulah orang-orang yang betaqwa." (Al Baqarah: 177)
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman (Yaitu) orang-orang yang khusyu' dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhi diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, dan orang-orang yang menunaikan zakat, dan orang-orang yang menjaga kemaluannnya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki; maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barangsiapa mencari yang di baik itu maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat (yang dipikulnya) dan janjinya, dan orang-orang yang memelihara shalatnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya." (Al Mu'minun: 1-11)
Dalam ayat ini kita dapatkan bahwa khusyu' di dalam shalat, menunaikan zakat dan memelihara shalat itu termasuk dalam lingkup ibadah, selain juga berpaling dari hal-hal yang tidak berguna, memelihara kemaluan dari yang haram dan menjaga amanat-amanat dan janji.

Rajin bekerja
Islam mengajak kita untuk berusaha dan bekerja, dan Islam memperingatkan kita dari sikap putus asa dan rasa malas, Allah SWT berfirman:
"Dialah yang menjadikan bumi ini budak bagi kamu, berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebagian dari rezeki-Nya. Dan hanya kepada-Nyalah kamu (kembali) setelah dibangkitkan..." (Al Mulk: 15)
Di dalam hadits Qudsi dikatakan:
"Tiga orang yang pada hari kiamat akan menjadi musuh-Ku (Allah).... di antararya, seseorang yang mempekerjakan seorang buruh, kemudian buruh itu menunaikan kerjanya, tetapi ia tidak memberikan upahnya."

Kerja kotor
Adapun kerja yang kotor maka Islam telah melarangnya. Kerja yang kotor adalah kerja yang mengandung unsur kezhaliman dan merampas hak orang lain tanpa prosedur yang benar. Seperti ghashab, mencuri, penipuan, mengurangi takaran dan timbangan, menimbun di saat orang membutuhkan dan lain sebagainya. Atau memperoleh sesuatu yang tidak diimbangi dengan kerja atau pengorbanan yang setimpal, seperti riba, termasuk undian dan lain-lain. Atau harta yang dihasilkan dari barang yang haram, -seperti khamr, babi, patung, berhala, bejana yang diharamkan, anjing yang terlarang dan yang lainnya. Atau harta yang diperoleh dari cara kerja yang tidak dibenarkan menurut syari'at, seperti upah para dukun dan takang ramal, administrasi riba, orang-orang yang bekerja di bar-bar, diskotik dan tempat-tempat permainan yang diharamkan dan lain-lain.
Rasulullah SAW bersabda:
"Setiap tubuh yang berkembang dari yang haram, maka neraka lebih utama baginya." (HR. Ahmad)
Islam tidak menghargai bagusnya niat dan mulianya tujuan, apabila cara kerjanya diharamkan. Maka orang yang memperoleh harta riba untuk membangun masjid, madrasah, darul aitam atau yang lainnya, selamanya tidak sah menurut Islam. Dalam hadits shahih disebutkan
"Sesungguhnya Allah itu Thaayyib (baik), tidak menerima (suatu amal) kecuali yang baik (halal)." (HR. Muslim)
Dalam hadits lain disebutkan:
"Sesungguhnya yang kotor itu tidak bisa menghapus yang kotor (juga)." (HR. Ahmad)

Menjauhkan bahaya
Di antara syarat-syarat tersebut adalah mencegah pemilik dari usaha-usahanya yang mengganggu (membahayakan) orang lain. Demikian itu karena hak milik seseorang itu tidak menghendaki dari pemiliknya untuk bebas mempergunakan harta milik tersebut semaunya meskipun membahayakan orang lain. Akan tetapi terikat dengan suatu ketentuan yaitu hendaknya ia tidak berbuat keburukan (kecurangan) dalam mempergunakan haknya sehingga itu dapat mengganggu orang lain atau kelompok lain atau kepada masyarakat secara umum. Bahaya itulah yang diharamkan bagi seorang Muslim, karena agama ini telah mewajibkan kepadanya agar ia menjadi sumber kebaikan, bukan sumber malapetaka. Rasulullah SAW bersabda:
"Tidak ada bahaya dan tidak ada yang (boleh) membahayakan" (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Jumaat, 28 Disember 2012

Pusat Latihan NDT

Terdapat 3 skim persijilan NDT yang popular di Malaysia; JPKPCN dan ASNT. JPK merupakan skim persijilan kebangsaan yang telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17024. PCN ialah skim persijilan British dan ASNT skim persijilan Amerika. PCN dan JPK merupakan skim persijilan personal yang berpandukan ISO 9712 sedangkan ASNT mengamalkan 2 jenis persijilan iaitu personal (ACCP) dan 'company based'

Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia Ahad 30 dis 2012

Manakala berikut ialah antara pusat-pusat latihan NDT yang terdapat di negara kita;
  1. Agensi Nuklear Malaysia menawarkan kursus RT, ET, MT, PT dan RPO yang diiktiraf oleh JPK dan AELB.
  2. SIRIM Bhd merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK bagi skop UT
  3. Ruane-TATI merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK (RT) dan PCN
  4. ITC Skills Training Institute menjalankan latihan NDT yang diiktiraf JPK (RI, MT, PT, UT, ET) dan ASNT 
  5. NDE Consultancy Services Sdn. Bhd menawarkan kursus NDT skim ASNT
  6. MINDT menawarkan kursus melalui skim PCN
  7. TWI Sg Buloh (CSWIPP dan ASNT)
  8. CIDB Johor (PCN)



Rabu, 7 November 2012

ISO17024

Tahniah diucapkan kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) kerana  telah berjaya mendapat akreditasi MS ISO/IEC 17024 dari Jabatan Standard Malaysia (Nombor Akreditasi: Personnel 03102012 CB02) selama tiga (3) tahun bermula 03 Oktober 2012 bagi skop berikut:
Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing-NDT)
  • Jururdiografi Industri (Industrial Radiographer – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Ultrasonik(Ultrasonic Tester – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Arus Pusar (Eddy Current Tester) Tahap 1/2/3
  • Penguji Penembus Cecair (Liquid Penetrant Tester– Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Penguji Zarah Bermagnet (Magnetic Particle Tester – Welded Construction) Tahap 1/2/3
  • Pentafsir Radiograph (Welded Construction & Casting and Forging) Tahap 2
Buat pertama kali juga kursus UT tahap 3 berdasarkan ISO9712 sedang diadakan di SIRIM, Shah Alam dari 29 Okt - 14 Nov 2012. 


Ahad, 9 Oktober 2011

Gambar Kenangan MSc (1979-1981)

Goniometer ultrasonik untuk mengkaji tegasan residu dalam duraluminium
Alat Ultrasonik imbas-A
 Lawatan ke Sekolah NDT di British railway
 Lawatan ke NDT British airways
 Bergambar bersama rakan di University of Surrey yang membuat MSc dalam bidang teknologi nuklear
 Membeli belah hujung minggu (Sabtu)
 Brunel University
Mendaftar di Malaysia hall (Okt 1979)

Khamis, 11 November 2010

NDT for In-service Inspection

Dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-Rasul-Nya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. [al-Hadid 25].
and We sent down Iron, in which is (material for) mighty war, as well as many benefits for mankind, that Allah may test who it is that will help, unseen, Him and His Messengers: for Allah is Full of Strength, Exalted in Might (and able to enforce His Will).

Items to be addressed in ISI program
n  Objective, scope and periodicity;
n  Organization and responsibilities;
n  Establishment of a baseline;
n  Establishment of an examination schedule;
n  Specification of methods and techniques to be applied;
n  Qualification of procedures and equipment;
n  Training and qualification of personnel; and
n  Quality assurance considerations


Service Induced Discontinuities
n  Corrosion, Erosion
n  intergranular attack stress corrosion cracking
n  corrosion fatigue
n  Cracks
n  mechanical fatigue
n  thermal fatigue
n  Hydrogen embrittlement
n  Over-stressing
n  Lamellar Tearing
n  Creep rupture

NDT techniques
n  Ultrasonic testing – thickness, crack
n  Magnetic particle testing – crack in ferromagnetic mat’l
n  Penetrant testing – crcak in non ferromagnetic mat’l
n  Eddy current /UT/boroscope for tube inspection
n  Thermography – hot spot
n  Radiography testing - thickness

Advantages of MT and PT
n  Excellent sensitivity to surface discontinuities
n  Good non-fluorescent MT/PT can detect discontinuities of up to 0.5 Î¼m width and 20 Î¼m depth.
n  Good fluorescent MT/PT can detect discontinuities of 0.2 - 0.5 Î¼m width and 5 - 8 Î¼m depth
n  Eddy current testing  ~ 30 Î¼m and Ultrasonic testing 100 Î¼m depth (best condition)
n  The indications appear directly on the test surface
n  Simple method - do not require highly trained personnel
n  Results can be photographed and permanent records can be made

Advanced or special UT

n  Long Range UT for pipeline inspection
n  IRIS – tube inspection (being replaced by eddy current/RFET)
n  C-scan for corrosion mapping
n  TOFD for weld inspection - good for body and root defect but not for surface
n  Phase array - probes are expensive
n  EMAT- for low and high temperature application


Precautions for MT, PT, UT

n  UT couplants, PT & MT materials used on nickel base alloys shall not contain more than 250 ppm of sulfur.
n  UT couplants, PT & MT materials used on austenitic stainless steel or titanium shall not contain more than 250 ppm of halides (chlorides plus fluorides).


Effective NDT
n  trained and qualified personnel – trainer and examiner are independent (ISO17024/ISO9712)
n  Equipment -suitable for intended purpose and calibrated in accordance with a defined program. Calibration traceable to national/international standards
n  procedure for conducting test – should be agreed between inspector and client  (ISO17020/ ASME)
n  system for reporting results (follow minimum content stated in ISO17020/ASME)
n  standard to interpret results: ASME, API, AWS

References
n  ISO 17024: General Requirements for Bodies operating Certification of Persons, 2003
n  ISO 17020: General Criteria for the Operation of Various Types of Bodies Performing Inspection, 1998
n  ISO 9712: NDT – qualification and certification of personnel, 2005
n  ASME V: Article 4 and 5, 2001
n  IAEA-TECDOC-1263: Application of non-destructive testing and in-service inspection to research reactors, 2001
n   Radiography training notes for level 3, IAEA, Feb 1991.
n  Ultrasonic training notes for level 3, IAEA, Mac 1989.
n  Spoerer, Penetrant & Magnetic Particle training notes, 1999

Ahad, 29 Jun 2008

Seminar RIG

Seminar RIG telah diadakan di Nuklear Malaysia pada 24-26 Jun 2008. RIG=Reactor Interest Group=Kumpulan Peminat Reaktor Nuklear. Hari pertama lebih banyak membincangkan polisi, kempen dan perbincangan awam. Hari kedua membincangkan hal-hal teknikal dan hari ketiga perbincangan kumpulan. Bagaimanapun aku hanya sempat hadir pada hari pertama dan petang hari kedua kerana ada tugasan lain. Pada petang hari kedua, Presiden MSNT Dr. Abd. Nassir Ibrahim telah membentangkan kertas bertajuk "NDT untuk loji kuasa nuklear". Kata utama beliau loji kuasa nuklear tidak dapat wujud tanpa NDT. Ini menunjukkan NDT sangat penting bagi menjamin keselamatan dan kebolehpercayaan loji nuklear. Bagi pembinaan loji nuklear kaedah NDT tradisi yang biasa dipakai dalam industri kimia dan minyak boleh digunakan untuk memeriksa kualiti kimpalan, besi tuang dan komponen-komponen loji yang lain. Bagaimanapun bagi tujuan baikpulih dan pemeriksaan berkala ke atas reaktor yang sedang dan sudah beroperasi memerlukan teknologi NDT yang cukup mencabar. Keperluan peralatan khusus yang dikawal jauh diperlukan kerana manusia tidak dapat menghampiri secara dekat komponen2 loji yang sedang beroperasi disebabkan bahaya sinaran radioaktif. Teknologi perobotan NDT dan komputer diperlukan. Kaedah ultrasonik dan arus pusar akan banyak digunakan. Ultrasonik biasanya digunakan untuk mengesan kakisan, retakan lesu, retakan antara butiran dalam komponen reaktor manakala arus pusar untuk mengesan kebocoran dan kakisan pada tiub pendandang. Robot diperlukan untuk membawa pengesan ultrasonik ke dalam reaktor. Keperluan personel NDT berkemahiran tinggi tidak dapat dinafikan. Mereka bukan sahaja perlu NDT peringkat pertengahan tetapi akan mempunyai pengkhususan dalam berbagai-bagai aktiviti. Korea pada peringkat awal mengimpot teknologi NDT dari Kanada tetapi kemudiannya menjual semula teknologi terkini kepada negara kuasa nuklear lain.

Di Nuklear Malaysia kita mempunyai kumpulan ultrasonik dan arus pusar yang giat menjalankan penyelidikan terutama dalam automasi alat dan pembuatan pengesan (probe). Keupayaan ini sangat penting agar kita tidak terus bergantung kepada orang luar untuk membangunkan peralatan canggih.
Bidang NDT di Korea cukup maju setanding dengan negara maju yang lain. Sejarah perkembangan NDT termaju di Korea (sumber: syarahan Dr. Jong Poo Lee, 2007);
1977: pemeriksaan NDT ke atas reaktornya dilakukan oleh MHI/ZETEC, Kanada.
1979~1984: kerjasama Institut Penyelidikan Nuklear KAERI dan vendor asing
1984 : membeli alat automatik ultrasonik dari luar
1985~1997 : KAERI menjalankan sendiri pemeriksaan ke atas semua reaktor kuasa nuklear di Korea.
1998 : tender terbuka kepada 3 vendor
▶ KAITEC : Korea Advanced Inspection Technology, Ltd
▶ KPS : Korea Plant Service & Engineering, Ltd
▶ SEAN : SEAN, Ltd

Terdapat 18 reaktor kuasa nuklear sedang beroperasi di Korea dan 10 reaktor sedang dibina.

Bekas reaktor

Lukisan skema pemeriksaan NDT ke atas reaktor
Robot selaman untuk pemeriksaan bekas reaktor

Jumaat, 2 Mei 2008

IAEA/RCA Regional training course on quality management systems and strategic planning

Kursus/bengkel ini telah diadakan di Bali, Indonesia pada 21-25 April 2008 anjuran BATAN dan ditaja oleh IAEA. Walaupun tajuk agak umum, tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan manual kualiti bagi akreditasi ISO17024.
Peserta kursus ialah terdiri negara-negara Asia Pasifik: Australia, Bangladesh, China, India, Korea, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Singapore, Sri lanka, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Standard bagi latihan dan persijilan ISO 9712:2005 menghendaki, badan persijilan perlu mendapatkan pentauliahan ISO17024. Di Australia, badan persijilan ialah Australian Institute of NDT dan merupakan institusi pertama di dunia yang mendapatkan pentauliahan ISO17024.
Untuk tujuan pengharmonian latihan dan persijilan NDT, negara anggota di bawah Perjanjian Pengiktirafan Bersama (Mutual Recognition Agreement) diseru mengamalkan standard ISO9712. Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah bersetuju untuk ini dan meletakkan sasaran 2012 bagi mendapatkan pentauliahan.

Sabtu, 18 Ogos 2007

UTMr

UTMr ialah singkatan kepada Ujian Tidak Merosakkan. Singkatan UTMr ini pernah dicadangkan oleh Prof. Dr. Shahrir Mohd Zin (1993). Ia bermaksud sesuatu ujian yang dilakukan ke atas bahan atau komponen kejuruteraan bagi menentukan kebolehgunaannya dengan tidak merosakkan. Di UK ia terkenal dengan sebutan 'Non-destructive Testing (NDT)' manakala di Amerika lebih dikenali sebagai 'Non-destructive Evaluation (NDE)' dan di Jepun dikenali sebagai 'Non-destructive Inspection (NDI)'.

UTMr juga merupakan alat untuk menentukan kualiti sesuatu produk atau binaan. UTMr telah digunakan secara meluas kejuruteraan mekanik dan semakin menjadi masyhur dalam kejuruteraan struktur. Dalam kejuruteraan mekanik, 5 kaedah UTMr yang utama iaitu ujian-ujian Radiografi (RT), Ultrasonik (UT), Arus Pusar (ET), Zarah Magnet (MT) dan Cecair Penembus (PT). Semua kaedah UTMr berasaskan prinsip fizik: RT berdasarkan konsep penyerapan dan serakan sinaran pengionan (X, gama, neutron) dalam bahan, UT rambatan gelombang bunyi, ET arus yang teraruh oleh medan magnet, MT kebocoran medan magnet dan PT berdasarkan daya kapilari. UTMr digunakan untuk mengesan ketakselanjaran (kecacatan) dalam bahan atau komponen. Contoh ketakselanjaran dalam logam ialah retakan, keporosan, bendasing, kakisan, dan lain-lain.

Dalam kejuruteraan struktur seperti binaan konkrit bertetulang, kaedah UTMr ialah Visual (VT), Radiografi (RT), Ultrasonik (UT), Radar (GPR), Infra merah (IR) dll. Biasanya ia digunakan untuk menentukan status retakan yang dijumpai pada struktur, kakisan pada besi tetulang, kedudukan tetulang, status kebocoran, dan lain-lain ketakselanjaran yang menjejaskan kebolehgunaan sesuatu struktur.