Memaparkan catatan dengan label latihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label latihan. Papar semua catatan

Isnin, 9 Disember 2013

ISO 17043

Alhamdulillah pada 2-6 dis lepas aku berpeluang mengikuti kursus Ketua Penilai ISO17043 anjuran Jabatan Standard Malaysia (JSM). Kuliah diberikan oleh Mr Mathew dari USA. Di penghujung kursus, ada peperiksaan. Harap-harap luluslah. Rasanya sudah 10 tahun aku tidak menduduki peperiksaan.





ISO/IEC 17043 ialah berkaitan dengan Pembekal Ujian Kecekapan (Proficiency Test Provider PTP). PTP ini berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan atau syarikat yang memberikan khidmat ujian, pemeriksaan atau tentukuran atau PTP menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan.  
Jabatan Standard Malaysia akan mula melancarkan program ini myPTP pada 31 disember 2013. Semuga masyarakat NDT Malaysia akan mengambil manfaat dari program yang baik ini.

Keperluan PT disebut pada pautan berikut;
Malaysia - disebut dalam MTR2 klausa 16
Germany
Finland
India

Jumaat, 28 Disember 2012

Pusat Latihan NDT

Terdapat 3 skim persijilan NDT yang popular di Malaysia; JPKPCN dan ASNT. JPK merupakan skim persijilan kebangsaan yang telah mendapat pengiktirafan MS ISO/IEC 17024. PCN ialah skim persijilan British dan ASNT skim persijilan Amerika. PCN dan JPK merupakan skim persijilan personal yang berpandukan ISO 9712 sedangkan ASNT mengamalkan 2 jenis persijilan iaitu personal (ACCP) dan 'company based'

Dipetik dari akhbar Mingguan Malaysia Ahad 30 dis 2012

Manakala berikut ialah antara pusat-pusat latihan NDT yang terdapat di negara kita;
  1. Agensi Nuklear Malaysia menawarkan kursus RT, ET, MT, PT dan RPO yang diiktiraf oleh JPK dan AELB.
  2. SIRIM Bhd merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK bagi skop UT
  3. Ruane-TATI merupakan pusat latihan yang diiktiraf JPK (RT) dan PCN
  4. ITC Skills Training Institute menjalankan latihan NDT yang diiktiraf JPK (RI, MT, PT, UT, ET) dan ASNT 
  5. NDE Consultancy Services Sdn. Bhd menawarkan kursus NDT skim ASNT
  6. MINDT menawarkan kursus melalui skim PCN
  7. TWI Sg Buloh (CSWIPP dan ASNT)
  8. CIDB Johor (PCN)



Khamis, 3 Julai 2008

Lawatan Saintifik

Minggu ini 30/6/08-4/7/08: kumpulan NDT, Nuklear Malaysia menerima 3 pelawat dari Pakistan. Antara aktiviti untuk mereka ialah lawatan ke makmal NDT, perbincangan tentang pegurusan kualiti ISO9001:2000 untuk latihan dan perkhidmatan NDT, lawatan ke Jabatan Pembangunan Kemahiran, AIROD (ISO17025), Standard Malaysia dan NDT, SIRIM (ISO17025).Dari kiri Dr. Asif, aku, Jamaludin, Amry, Dr. Abd. Nassir (Pengarah BTI), Ali, Suhairy dan Dr. Ab Razak (Pengurus NDT). Minggu lepas mereka telah melawat China.
Kita juga menerima pelatih dari Myanmar (Ms. Ei Ei Tan) untuk mempelajari teknik NDT selama 3 bulan (Jun-Ogos) melalui latihan sambil kerja dan 2 pelajar latihan industri dari UKM yang membuat projek tentang penggunaan ultrasonik dalam konkrit (Mei-Julai).

Jumaat, 2 Mei 2008

IAEA/RCA Regional training course on quality management systems and strategic planning

Kursus/bengkel ini telah diadakan di Bali, Indonesia pada 21-25 April 2008 anjuran BATAN dan ditaja oleh IAEA. Walaupun tajuk agak umum, tumpuan lebih diberikan kepada pembangunan manual kualiti bagi akreditasi ISO17024.
Peserta kursus ialah terdiri negara-negara Asia Pasifik: Australia, Bangladesh, China, India, Korea, Malaysia, Myanmar, Pakistan, Singapore, Sri lanka, Thailand, Vietnam dan Indonesia.
Standard bagi latihan dan persijilan ISO 9712:2005 menghendaki, badan persijilan perlu mendapatkan pentauliahan ISO17024. Di Australia, badan persijilan ialah Australian Institute of NDT dan merupakan institusi pertama di dunia yang mendapatkan pentauliahan ISO17024.
Untuk tujuan pengharmonian latihan dan persijilan NDT, negara anggota di bawah Perjanjian Pengiktirafan Bersama (Mutual Recognition Agreement) diseru mengamalkan standard ISO9712. Malaysia melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran telah bersetuju untuk ini dan meletakkan sasaran 2012 bagi mendapatkan pentauliahan.