Khamis, 24 November 2011

Quality Assurance system for NDT related to Nuclear Power Plant inspection

Kursus dalaman ini sedang berlansung di Agensi Nuklear Malaysia dari 23-25 November 2011. Ia telah dibuka oleh Dr Zamzam Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, MNPC. Ucapan pembukaan beliau cukup menarik tentang keperluan tenaga nuklear di Malaysia. Ramai yang digerunkan dengan nuklear tapi ramai juga yang ke Jepun, Korea, USA, Eropah samada untuk bercuti atau bekerja atau belajar tanpa rasa takut walaupun semua negara maju ini mempunyai puluhan reaktor nuklear. Begitu juga kapal dan kapal selam kuasa nuklear, mereka tidak bimbang tidur di sebelah reaktor nuklear. Kenapa? Dr Zamzam tak pula beri jawapan. Tapi aku fikir sebab mereka berilmu dan memahami teknologi nuklear. Mereka faham semua benda di dunia ini ada risikonya. Memandu kereta, menaiki bas, keretapi, pesawat terbang, menunggang basikal, memasak di rumah, berjalan di tepi jalan hatta menunggu bas pun ada risiko kemalangan. Kenapakah golongan anti-nuklear begitu beria-ia benar menentang nuklear. Apakah mereka benar-benar jujur atau mereka ada agenda politik tertentu?  Apakah sama agenda saperti alasan Amerika menyerang Iraq, NATO menyerang Libya, huruhara di Mesir, Syria dll. Tapi bagi orang Islam yang berilmu, kita ada panduan dari al-Qur'an dan al-hadis dan sepatutnya kita tidak tertipu dengan agenda-agenda negatif begini.
 Ucapan selamat datang oleh Dr Mohd Ashhar, TKP, wakil Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
 Ucapan Dr Jong Poo Lee wakil IAEA
 Ucapan pembukaan oleh Dr Zamzam dari MNPC
Sesi bergambar selepas majlis peramsian.

Kursus ini akan diberikan oleh pakar IAEA dari Korea iaitu Dr Jong Poo Lee. Beliau juga guru NDT aku sebelum ini. Walaupun aku dan dia sebaya dan sama-sama mempelajari NDT sejak tahun 70an tapi pengalaman dan kelayakan beliau dalam NDT jauh meninggalkan aku. Ini disebabkan Korea sudah ada reaktor kuasa nuklear sejak tahun 1973. Presidennya masa itu cukup berani walaupun ketika itu Korea masih miskin. Korea miskin ketika itu disebabkan baru lepas perang, dengan pendapatan per kapita seumpama Mesir dan lebih rendah dari Filipina.

Selasa, 22 November 2011

MINDTCE 2011, Nov 21-22

Lebih 140 peserta dalam dan luar negara menghadiri persidangan ini 


Sebahagian ruang pameran peralatan NDT pada persidangan MINDTCE2011 di hotel Thistle, Port Dickson. Banyak peralatan baru yang semakin kecil dengan teknologi digital. Antara peralatan yang menarik ialah lampu 'black light' yang kecil menggunakan bateri dan dapat dihidupkan dengan cepat menggunakan mentol LED. Begitu juga banyak peralatan ultrasonik moden, radiografi digital, boroscope, dll.