Jumaat, 16 Mac 2012

Seminar Tenaga Nuklear Siri II

Alhamdulillah pada 8 Mac 2012 aku berpeluang mengikuti seminar ini dengan tajuk "Fakta dan pengajaran dari kemalangan nuklear di Fukushima". Para penceramah terdiri dari pakar-pakar nuklear iaitu Prof Emeritus Datuk Dr Noramly Muslim, Prof Dato' Dr Aziuddin Ahmad, Dr Saito (bekas presiden JAERI, Jepun), Yahagi (Tepco), Prof Yoshida (Univ. Tokyo), Dr Mukaiyama (JICC), Dr Muhamad (Nuklear Malaysia) dan Mohd Pauzi (AELB).
Seperti yang dimaklumi bahawa satu reaktor kuasa iaitu Fukushima Daici (1) telah mengalami kerosakan teruk akibat tsunami. Ini adalah antara kemalangan nuklear terbesar yang berlaku pada tahun lalu. Dimaklumkan bahawa pembebasan radioaktif Cesium telah berkurangan dengan mendadak. Kebanyakan sisa ini terkumpul mendap bersama debu dan algae. Kolam renang yang dahulunya tercemar telah boleh digunakan melalui pembersihan. Jika dibandingkan dengan kemalangan nuklear di Chernobyl, Russia (26 April 1986), kemalangan Fukushima adalah lebih terkawal. Jejari kawasan yang perlu dikosongkan juga lebih kecil iaitu (10km), sedangkan Chernobyl 100km. Setakat ini belum ada lapuran kematian disebabkan pendedahan bahan radioaktif.
Antara kekurangan dalam pembinaan reaktor ini ialah panduan undang-undang keselamatan yang tidak lengkap. Contohnya benteng tsunami setinggi 5.5m tidak mencukupi untuk menghadang tsunami setinggi 15m. Bangunan reaktor tidak telap air. Tiada sistem kawalan untuk pembebasan gas hidrogen. Sistem penyejukan hanya bergantung pada pam dan tidak graviti.

Khamis, 24 November 2011

Quality Assurance system for NDT related to Nuclear Power Plant inspection

Kursus dalaman ini sedang berlansung di Agensi Nuklear Malaysia dari 23-25 November 2011. Ia telah dibuka oleh Dr Zamzam Jaafar, Ketua Pegawai Eksekutif, MNPC. Ucapan pembukaan beliau cukup menarik tentang keperluan tenaga nuklear di Malaysia. Ramai yang digerunkan dengan nuklear tapi ramai juga yang ke Jepun, Korea, USA, Eropah samada untuk bercuti atau bekerja atau belajar tanpa rasa takut walaupun semua negara maju ini mempunyai puluhan reaktor nuklear. Begitu juga kapal dan kapal selam kuasa nuklear, mereka tidak bimbang tidur di sebelah reaktor nuklear. Kenapa? Dr Zamzam tak pula beri jawapan. Tapi aku fikir sebab mereka berilmu dan memahami teknologi nuklear. Mereka faham semua benda di dunia ini ada risikonya. Memandu kereta, menaiki bas, keretapi, pesawat terbang, menunggang basikal, memasak di rumah, berjalan di tepi jalan hatta menunggu bas pun ada risiko kemalangan. Kenapakah golongan anti-nuklear begitu beria-ia benar menentang nuklear. Apakah mereka benar-benar jujur atau mereka ada agenda politik tertentu?  Apakah sama agenda saperti alasan Amerika menyerang Iraq, NATO menyerang Libya, huruhara di Mesir, Syria dll. Tapi bagi orang Islam yang berilmu, kita ada panduan dari al-Qur'an dan al-hadis dan sepatutnya kita tidak tertipu dengan agenda-agenda negatif begini.
 Ucapan selamat datang oleh Dr Mohd Ashhar, TKP, wakil Ketua Pengarah Nuklear Malaysia
 Ucapan Dr Jong Poo Lee wakil IAEA
 Ucapan pembukaan oleh Dr Zamzam dari MNPC
Sesi bergambar selepas majlis peramsian.

Kursus ini akan diberikan oleh pakar IAEA dari Korea iaitu Dr Jong Poo Lee. Beliau juga guru NDT aku sebelum ini. Walaupun aku dan dia sebaya dan sama-sama mempelajari NDT sejak tahun 70an tapi pengalaman dan kelayakan beliau dalam NDT jauh meninggalkan aku. Ini disebabkan Korea sudah ada reaktor kuasa nuklear sejak tahun 1973. Presidennya masa itu cukup berani walaupun ketika itu Korea masih miskin. Korea miskin ketika itu disebabkan baru lepas perang, dengan pendapatan per kapita seumpama Mesir dan lebih rendah dari Filipina.

Selasa, 22 November 2011

MINDTCE 2011, Nov 21-22

Lebih 140 peserta dalam dan luar negara menghadiri persidangan ini 


Sebahagian ruang pameran peralatan NDT pada persidangan MINDTCE2011 di hotel Thistle, Port Dickson. Banyak peralatan baru yang semakin kecil dengan teknologi digital. Antara peralatan yang menarik ialah lampu 'black light' yang kecil menggunakan bateri dan dapat dihidupkan dengan cepat menggunakan mentol LED. Begitu juga banyak peralatan ultrasonik moden, radiografi digital, boroscope, dll.

Ahad, 9 Oktober 2011

Gambar Kenangan MSc (1979-1981)

Goniometer ultrasonik untuk mengkaji tegasan residu dalam duraluminium
Alat Ultrasonik imbas-A
 Lawatan ke Sekolah NDT di British railway
 Lawatan ke NDT British airways
 Bergambar bersama rakan di University of Surrey yang membuat MSc dalam bidang teknologi nuklear
 Membeli belah hujung minggu (Sabtu)
 Brunel University
Mendaftar di Malaysia hall (Okt 1979)

Sabtu, 13 Ogos 2011

Gelombang terpandu ultrasonik

Minggu ini aku cuba buat sedikit ujikaji bagi mengenalpasti gelombang terpandu. Ujikaji telah dilakukan kepada kepingan aluminium 5mm menggunakan penjana gelombang freuensi rendah 150kHz.

Ahad, 20 Mac 2011

Betatron

Dari 14-18 Mac 2011 aku dan beberapa rakan berpeluang melawat Institut NDT di Tomsk Polytechnic University di Tomsk, Siberia, Russia. Kami pergi atas biaya IAEA. Antara produk NDT yang begitu lain dari yang lain ialah betatron.

Betatron adalah pemecut berputar elektron. Elektron dipecut oleh medan elektrik yang dihasilkan oleh medan magnet ulangalik. Sinar X bremstrahlung dengan tenaga dari 2 MeV sehingga 10 MeV boleh dihasilkan.


Antara kelebihan utama Betatron ialah:

  • arah jalur sinaran yang kecil mengurangkan bahaya sinaran
  • imej yang tajam kerana titik fokus yang kecil (0.3mm x 3mm)
  • alat yang boleh ubah (serendah 30kg) bergantung kepada tenaga
  • lebih murah dari pemecut lain (contohnya Linac)


Ternyata ia lebih selamat digunakan jika dibandingkan dengan punca gamma Co-60. Jika ujian dilakukan pada jambatan, hanya sebelah jalan perlu ditutup. Sinar X yang dihasilkan berbentuk denyut (200 denyut sesaat) dapat mengurangkan kadar dos.
 Bersama jurubahasa (Julia)
 Bersama profesor
 Pemancar sinar X tenaga tinggi (betatron)
 Muzium TPU
 Hadiah buku Betatron oleh pengarangnya
 Tomsk
Bersama pelajar TPU di masjid selapas sembahyang Jumaat

Untuk maklumat lanjut sila lawati http://www.tpu.ru/eng/defectoscope.htm

Selasa, 21 Disember 2010

Ultrasonic Guided wave

Bunyi mungkin boleh dikleaskan seperti berikut;
-vibration (1-1000 Hz)
-sound (10-10000 Hz)
-acoustic emission (10,000-1,000,000 Hz)
-ultrasonik (1,000,000 - 100,000,000 Hz)

Gelombang ultrasonik pula boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu 'bulk wave' dan 'Guided wave'. Bulk wave ada 2 jenis iaitu longitudinal dan transverse. Manakala Guided wave pula antaranya gelombang Rayleigh, surface SH, surface SV, Love, Stonely dll.

Guided wave nampaknya akhir-akhir ini semakin popular. Kalau dulu guided wave hanya dikenali Rayleigh dan Lamb dan hanya terhad penggunaan kepada mengesan kecacatan atau pencirian permukaan dan mengukur ketebalan sampel nipis, tapi sekarang guided wave telah boleh dijana untuk bergerak sehingga 100m dalam paip. Pemeriksaan boleh dibuat secara jarak jauh.

Sejarah penemuan gelombang ini telah bermula sejak 1885 oleh Lamb dan Rayleigh diperbaharui Worlton 1907, Gazis 1950, Silk, Joseph L Rose, Peter Cowley 1980an, Krishnan Balasubramaniam, John S. Popovics, Younho Cho, dll.

Antara pembekal utama alat ini ialah Plant Integrity Ltd dan GUL