Khamis, 18 September 2014

International Construction Week (ICW) 2014

Sedang berlangsung di PWTC dari 17 - 23 Sep 2014. Ada pameran dan seminar percuma berkaitan dengan industri binaan.









Rabu, 6 Ogos 2014

Proficiency Test (PT)

Alhamdulillah program PT telah mendapatkan sambutan. Berikut ialah institusi yang telah menyertai program PT sehingga kini:
1-Nuklear Malaysia
2-Lott's Inspection
3-Petrotechnical
4-SIRIM
Bidang PT yang telah dan sedang dilaksanakan ialah UTTG, RI dan LPI. Kita masih buka penyertaan sehingga 29 Ogos 2014. Setelah itu analisis statistik akan dibuat dan dibentang kepada panel pakar untuk menentukan 'assign value'. Setelah nilai ini ditentukan laporan prestasi peserta akan disiapkan.

  

Jumaat, 6 Jun 2014

Ujian Kecekapan berdasarkan ISO17043

ISO/IEC 17043 ialah standard yang berkaitan dengan Ujian Kecekapan (Proficiency Testing). Pembekal kepada khidmat ini dinamakan Proficiency Testing Provider (PTP). PTP berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan pemeriksa atau makmal ujian tentukuran.  PTP dengan bantuan panel pakar akan menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan antara badan pemeriksa atau makmal ujian/tentukuran. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan kerana penyertaan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan serta tahap keselamatan sesebuah loji yang diperiksa.

Jabatan Standard Malaysia telah melancarkan program ini dengan jenama myPTP pada 31 disember 2013. Keperluan PT disebut dalam MTR2 klausa 16 dan boleh dimuat turun pada pautan berikut,
http://www.standardsmalaysia.gov.my/documents/10179/22869/MTR%202.pdf

Kumpulan NDT Nuklear Malaysia berhasrat untuk mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan NDT di Malaysia. Program ini akan dimulakan di Badan Pemeriksa NDT Nuklear Malaysia 10 Jun 2014 bagi teknik RT, UT dan PT. Seterusnya aktivti diteruskan kepada syarikat Lotts Inspection Sdn Bhd untuk teknik RT dan UT.  Badan Pemeriksa SGS Sdn. Bhd. Juga menyatakan hasrat untuk menyertai program ini dalam bidang UT dan PT. Manakala Makmal NDT SIRIM menyatakan hasrat untuk menyertai program ini bagi memenuhi keperluan ISO17025. Oleh kerana program ini merupakan yang pertama ingin diadakan, Nuklear Malaysia tidak mengenakan apa-apa cas bagi khidmat ini.

Khamis, 13 Februari 2014

Institusi, Syarikat yang berkaitan NDT

Atas perminataan rakan-rakan berikut ialah senarai syarikat/institusi yang berkaitan dengan aktiviti NDT. Senarai berikut biasanya berubah mengikut masa. Komen dan pandangan pengunjung dialu-alukan.

Syarikat Pembekal Peralatan NDT
ALTEC INDUSTRIAL & ENGINEERING
C. Melchers GmbH and Co.
Edaran Prestasi Sdn. Bhd.
GE Inspection Technologies,
NDT Instruments Sdn. Bhd.
ZL Technologies Sdn. Bhd.

Syarikat Pemberi Khidmat NDT
Airod Sdn. Bhd (ISO17025)
Care Ion Sdn. Bhd. (ISO17020)
 Cekap Technical Services Sdn. Bhd.
Cresent NDT & Inspection Sdn. Bhd
Danamin Trade Services S/B.,
Focus Inspection Sdn. Bhd.
Intesmal Corporation Sdn. Bhd.
ITS Testing Services (M) Sdn. Bhd.
J.P. Kenny Wood Group
Kejuruteraan ESCON Sdn. Bhd.
LJ Inspection Services Sdn. Bhd.
Lott Inspection Sdn. Bhd. (ISO17020)
MJ Plant Assessment Sdn. Bhd.,
Moody International (M) Sdn. Bhd.
NDT HI-TECH Inspection Services (M) S/B.
NDE Consultancy Services S/B. (ISO17020)
Nuklear Malaysia (ISO17020)
Nusantara Technology S/B.,
PRESCAN SDN. BHD.
S.E.M Inspection Sdn. Bhd.
SIRIM Bhd. (ISO17025)
Shamira Sdn. Bhd.
TESTEX (M) S/B
VELOSI (M) SDN. BHD.
W.I. TRADE INSPECTION S/B,

Pengguna NDT/Pembuat produk
MALAYSIAN AIRLINE SYSTEM BERHAD
BRADKEN MALAYSIA SDN. BHD.
PETRONAS
TNB
SME Aerospace S/B (ISO17025)

IPTA/Kolej/Institut Penyelidikan
MFI
Nuklear Malaysia
UKM,
UPM,
UTeM

Pusat Latihan
Nuklear Malaysia (ISO9712)
SIRIM (ISO9712)
Ruane-TATI (ISO9712)
ITC (ISO9712)
TWI (ISO9712)
MINDT

Isnin, 9 Disember 2013

ISO 17043

Alhamdulillah pada 2-6 dis lepas aku berpeluang mengikuti kursus Ketua Penilai ISO17043 anjuran Jabatan Standard Malaysia (JSM). Kuliah diberikan oleh Mr Mathew dari USA. Di penghujung kursus, ada peperiksaan. Harap-harap luluslah. Rasanya sudah 10 tahun aku tidak menduduki peperiksaan.





ISO/IEC 17043 ialah berkaitan dengan Pembekal Ujian Kecekapan (Proficiency Test Provider PTP). PTP ini berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan atau syarikat yang memberikan khidmat ujian, pemeriksaan atau tentukuran atau PTP menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan.  
Jabatan Standard Malaysia akan mula melancarkan program ini myPTP pada 31 disember 2013. Semuga masyarakat NDT Malaysia akan mengambil manfaat dari program yang baik ini.

Keperluan PT disebut pada pautan berikut;
Malaysia - disebut dalam MTR2 klausa 16
Germany
Finland
India

Isnin, 15 Julai 2013

MINDTCE 2013

Sudah sebulan persidangan dan pameran ini berlalu. Baru hari ini tergerak di hati ku untuk menulis tentangnya. Alhamdulillah aku telah membentang satu kertas kerja seperti berikut;
+++++++
Distribution of Radiation around Labyrinth Type Exposure Room

Mohamad Pauzi Ismail, Mohd Yusnisyam Yusuf, Shaharudin Sayuti, Noor Azreen Masenwat, Suhairy Sani, Siti Madiha Muhammad Amir and Azhar Azmi

NDT group, Industrial Technology Division,
Malaysia Nuclear Agency, Bangi, 43000 Kajang.

Abstract
The design of X-ray or gamma ray radiographic exposure room requires some calculations on shielding to provide safe operation of the facility and minimum exposure to radiation workers. Careful design can lead to economical installations with minimal barriers. The design depends on such factors as: maximum energy, maximum intensity, permitted full-body dosage, workload, use factor, occupancy factor, maximum dose output and shielding materials. Choice of shielding materials depends on convenience and cost.  The radiographic exposure room is usually made of normal concrete with density of about 2.3 – 2.4 g/cc.  Normal concrete is often used for construction of exposure room because of cheap and ease of construction.

Labyrinth or maze type of design is the most popular especially for high energy radiation since it can reduce the radiation to a level that make the door design economic and practicable. 
This paper explained and discussed the distribution of radiation dose around the labyrinth type of exposure room.
+++++++++++
Secara umumnya persidangan ini telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli NDT seluruh negara. Bagaimanapun penyertaan agak kurang berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga dengan kertas kerja. Tidak banyak kertas kerja ilmiah. 
Akan tetapi penyertaan untuk pameran cukup memuaskan. Banyak juga peralatan NDT dipamerkan. Barangan buatan China nampaknya semakin rancak dengan harga yang cukup berdaya saing.








 Penggunaan teknik laser untuk melukis semula objek (reverse engineering)

Jumaat, 5 April 2013

Solat-solat Sunat

Terima kasih kepada anak Sakinah yang menghadiahkan sebuah buku karangan guruku Dr Udah Mohsin yang dibelinya di kedai buku MPH. Katanya buku ini antara 'top seller' di kedai tersebut.

Dr Udah telah menulis beberapa buah buku agama. Buku beliau biasanya ditulis berdasarkan sumber rujukan al-Qur'an dan al-Hadis yang sahih.