Blog ini sebagai ruang untuk aku menulis atau memperihalkan semua perkara berkaitan dengan Ujian Tidak Merosakkan (UTMr) atau dalam bahasa inggeris disebut sebagai Nondestructive Testing (NDT). Di Malaysia terdapat lebih 30 syarikat NDT yang aktif memberikan khidmat (UTMr) terutamanya di sektor minyak, gas, kimia, tenaga, dll. Terdapat juga persatuan NDT iaitu Malaysian Society for Non-destructive Testing (MSNT) yang telah ditubuhkan pada tahun 1989.
Ahad, 4 Oktober 2015
Isnin, 6 Julai 2015
Buku Baru
Baru sahaja terbit buku dengan tajuk UTM terhadap konkrit struktur. Alhamdulillah.
Harga buku RM40 sahaja dan boleh dibeli di Kedai Buku DBP di Jalan AU3/1, Ampang, Hulu Klang. Hubungi Puan Emilia 03-4101 2486.

Isnin, 12 Januari 2015
Ultra High Performance Concrete (UHPC)
UHPC ialah konkrit dengan kekuatan ultra 150-200 N/mm2. Nisbah air/simen serendah 0.17. UHPC merupakan satu teknologi baru dalam pembuatan konkrit. Dura Technology Sdn. Bhd. merupakan syarikat terulung dalam bidang ini.
Pada 7 Jan 2015 satu seminar dalaman telah diadakan di Nuklear Malaysia yang membincangkan tentang potensi penggunaan konkrit ini dalam industri nuklear.
Oleh kerana UHPC merupakan bahan termaju maka NDT juga adalah baru dalam bidang. Peluang penyelidikan NDT terhadap bahan ini masih luas. Antara ciri menarik UHPC ialah 'like concrete' 'like steel'. Hubungi tegasan-terikan bagi bahan menyerupai keluli iaitu ada sifat elastik dan sifat plastik.
Kajian awal NDT menggunakan ultrasonik menunjukkan halaju ultrasonik dalam UHCP sangat tinggi iaitu sekitar 5000 m/s yang menghampiri halaju dalam besi tuang. UHPC agak homogen dengan saiz ketakhomogen kurang dari 1mm.

Label:
konkrit,
Ultrasonic,
UTMr konkrit
Khamis, 18 September 2014
International Construction Week (ICW) 2014
Sedang berlangsung di PWTC dari 17 - 23 Sep 2014. Ada pameran dan seminar percuma berkaitan dengan industri binaan.
Rabu, 6 Ogos 2014
Proficiency Test (PT)
Alhamdulillah program PT telah mendapatkan sambutan. Berikut ialah institusi yang telah menyertai program PT sehingga kini:
1-Nuklear Malaysia
2-Lott's Inspection
3-Petrotechnical
4-SIRIM
Bidang PT yang telah dan sedang dilaksanakan ialah UTTG, RI dan LPI. Kita masih buka penyertaan sehingga 29 Ogos 2014. Setelah itu analisis statistik akan dibuat dan dibentang kepada panel pakar untuk menentukan 'assign value'. Setelah nilai ini ditentukan laporan prestasi peserta akan disiapkan.

Jumaat, 6 Jun 2014
Ujian Kecekapan berdasarkan ISO17043
ISO/IEC 17043 ialah standard yang berkaitan dengan Ujian Kecekapan (Proficiency Testing). Pembekal kepada khidmat ini dinamakan Proficiency Testing Provider (PTP). PTP berperanan membandingkan tahap kecekapan/kualiti antara badan pemeriksa atau makmal ujian tentukuran. PTP dengan bantuan panel pakar akan menentukan nilai tertentu (assigned value) untuk dibandingkan antara badan pemeriksa atau makmal ujian/tentukuran. Bagi masyarakat yang menghargai kualiti, perkara begini sangat dititik beratkan kerana penyertaan ini akan meningkatkan keyakinan pelanggan serta tahap keselamatan sesebuah loji yang diperiksa.
Jabatan Standard Malaysia telah melancarkan program ini dengan jenama myPTP pada 31 disember 2013. Keperluan PT disebut dalam MTR2 klausa 16 dan boleh dimuat turun pada pautan berikut,
http://www.standardsmalaysia.gov.my/documents/10179/22869/MTR%202.pdf
Kumpulan NDT Nuklear Malaysia berhasrat untuk mengambil inisiatif ini bagi memenuhi keperluan NDT di Malaysia. Program ini akan dimulakan di Badan Pemeriksa NDT Nuklear Malaysia 10 Jun 2014 bagi teknik RT, UT dan PT. Seterusnya aktivti diteruskan kepada syarikat Lotts Inspection Sdn Bhd untuk teknik RT dan UT. Badan Pemeriksa SGS Sdn. Bhd. Juga menyatakan hasrat untuk menyertai program ini dalam bidang UT dan PT. Manakala Makmal NDT SIRIM menyatakan hasrat untuk menyertai program ini bagi memenuhi keperluan ISO17025. Oleh kerana program ini merupakan yang pertama ingin diadakan, Nuklear Malaysia tidak mengenakan apa-apa cas bagi khidmat ini.

Langgan:
Catatan (Atom)