Pengendalian radas sinaran dalam kerja radiografi memerlukan orang yang berkelayakan iaitu perlu menghadiri kursus dan lulus ujian kelayakan serta mempunyai tempoh pengalaman kerja. setelah itu baharu ia digelar pengendali berlesen. Ia seumpama pemandu kereta yang perlu lulus ujian teori dan amali kemudian diberi lesen P. Setelah itu baharulah dapat lesen penuh.
Pengendalian radiografi perlu mengikut prosidur dan peraturan dalam negeri dan antarabangsa. Pengendalian radas penyinaran juga seumpama orang yang memiliki senjatapi yang perlu dibaharui lesennya setiap tahun. Keengganan mematuhi peraturan ini boleh membawa kita ke mahkamah atau didenda.
Di Malaysia, untuk menjadi RPO seseorang perlu menghadiri dan lulus kursus Radiografi tahap satu di Nuklear Malaysia atau Ruane-TATI yang kemudiannya pula perlu menghadiri dan lulus kursus RPO di Nuklear Malaysia.
Jawatan RPO sekarang merupakan jawatan yang diperlukan oleh banyak syarikat. Buat masa ini saya telah dimaklumkan bahawa Syarikat LJ Inspection & Services Sdn Bhd (
inspect_lj@yahoo.co.uk ) dan Petropipe Sabah (
faridah@tot.com.my ) masing-masing memerlukan RPS dan RPO. RPS ialah pegawai keselamatan sinaran. Dalam carta organisasi RPS di bawah RPO tetapi mempunyai kelayakan yang sama.
Tidak ramai yang minat bekerja dengan sinaran kerana pengaruh anti-nuklear telah membelenggu pemikiran ramai orang. Jadi kepada yang suka pekerjaan yang mencabar, inilah peluangnya.
Saya sendiri telah terlibat dengan kerja radiografi sejak tahun 1979 dan begitu aktif pada era 80an dan alhamdulillah masih sihat dan mempunyai 5 anak yang sihat-sihat belaka. Saya juga juruperunding RPO kepada banyak syarikat atau pengguna NDT. Antara salahlaku yang saya temui atau dengar ialah;
- bukan pekerja sinaran berada di kawasan kawalan sinaran
- menyimpan projektor gama dalam kenderaan semasa bermalam di tempat penginapan
- tidak menggunakan meter tinjau semasa mengendali radas sinaran
- tidak memakai lencana filem kerana ditakuti mendapat dos berlebihan lalu tidak berpeluang untuk buat kerja lebih masa
- masih menggunakan projektor gama yang telah rosak
Alhamdulillah setakat ini di Malaysia belum ada kejadian dedahan dos yang serius. Dengan peraturan dan pengawasan tegas oleh penguatkuasa iaitu AELB, insyaAllah kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.
"Berhati-hatilah ketika menggunakan radas sinaran, patuhi arahan dan prosidur"