Sabtu, 30 Januari 2010

Rekabentuk bancuhan konkrit

Konkrit ialah bahan komposit yang terdiri dari bahan pengikat yang mengikut antara partikel lengai. Pengikat ialah air dan simen. Partikel lengai ialah agregat pasir dan batu. Agregat mengambil ruang 75%. Bagi mortar agregat ialah pasir (saiz < 5mm). Bagi konkrit agregat ialah pasir dan agegat kasar (10mm atau  20mm atau 40mm). Di Malaysia agregat halus ialah pasir sungai atau pasir lombong. Agregat kasar ialah batu sungai atau pecahan batu granit.
Bancuhan mudah ialah kaedah nisbah berat, juga dikenali kaedah JKR ialah nisbah 1:1:2 (kekuatan 28 hari 30 N/mm2), 1:1.5:3 (kekuatan 28 hari 25N/mm2), 1:2:4 (kekuatan 28 hari 20N/mm2) atau 1:3:6 (kekuatan 28 hari 12 N/mm2). Contohnya nisbah 1:2:4 ialah 1 kuantiti simen, 2 pasir dan 3 batu baur. Air biasanya 0.55 simen.
Untuk kerja-kerja rumah nisbah 1:2:4 sudah memadai. Penggunaan nisbah agregat kasar yang lebih banyak boleh menjimatkan penggunaan simen.
Bancuhan boleh dibuat secara manual atau mesin. Untuk kaedah manual, kaedah mudah yang dipakai untuk menggaul pasir, batu dan simen ialah kaedah membina bukit.

2 ulasan:

Muhammad Firdaus berkata...

Terima Kasih di atas ulasan mengenai konkrit.............

abuomar berkata...

Salam,
Terima kasih atas komen anda. Biasanya rekabentuk konkrit berdasarkan kekuatan. Adakah sdr terbaca di mana2 ttg rekabentuk untuk ketumpatan menggunakan konkrit biasa?